Semoga rakan seperjuangan kita di Pahang, khususnya di Pekan dapat menyiasat laporan di bawah ini yang disiarkan melalui laman sesawang Aduan Rakyat Online :
Masjid Tanjung Agas Bila Nak Siap January 28th, 2012 Saya penduduk Tanjung Agas Pekan mahukan penjelasan dari pihak yang terbabit berkenaan pembinaan Masjid Tanjung Agas yang baru. Apa yang saya dapati kerja-kerja di tapak tidak lagi berjalan dan kelihatan seperti projek terbengkalai. Sampai bilakah masalah ini dapat di atasi dan sampai bilakah penduduk Tanjung Agas Pekan dan sekitar perlu bersembahyang di masjid lama yang sangat daif. Harap perkara ini dapat diatasi segera demi keselesaan penduduk Tanjung Agas dan sekitar. Janganlah biarkan orang luar seperti tersenyum sinis bila sebut sahaja nama Tanjung Agas Pekan, mereka dapat bayangkan betapa daifnya kemudahan yang dapat diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Tanjung Agas satu nama tempat yang semua orang tahu akan dibangunkan projek Mega Petronas tetapi sampai sekarang kemudahan asasnya sangat menyedihkan. Orang Tanjung Agas Pekan Pahang. Sumber dari http://www.aduanrakyat.com.my/masjid-tanjung-agas-bila-nak-siap

