Tulisan jawi di Malaysia kini semakin pupus. Yang peliknya orang Melayu tak 
risau, yang risau ialah Professor dari Korea, orang India yang bernama V. 
Kamala Devi. Tahukah kita bahawa terdapat begitu banyak manuskrip Melayu lama 
dalam tulisan jawi yang tersimpan di muzium-muzium dan beberapa perpustakaan di 
Eropah. Dan manuskrip tulisan jawi ini kebanyakannya membicarakan ilmu sains 
dan teknologi, ilmu perubatan, ilmu saikologi, astronomi dan sebagainya. 

Barat menyimpan, menghargai serta mengkaji tulisan Jawi yang terdapat pada 
manuskrip Melayu lama ini. Tapi kita di Malaysia semakin meminggirkan tulisan 
Jawi. 

Yang benar-benar memperjuangkan tulisan Jawi ialah Sekolah Rendah Islam. Tapi 
malangnya sepengetahuan saya Sekolah Rendah Islam ini kebanyakannya adalah 
milik swasta atau persendirian, bukan bantuan penuh kerajaan. Bukan setakat itu 
sahaja pelajar-pelajar sekolah rendah Islam ini telah didiskriminasi oleh 
Kementerian Pelajaran Malaysia apabila lepasan UPSR Sekolah Rendah Islam yang 
cemerlang tidak layak untuk memohon ke Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah 
berprestasi tinggi seperti yang saya laporkan di 
http://waghih.blogspot.com/2011/09/sekolah-agama-didiskriminasi-juara.html 

Ketahuilah Sekolah Rendah Islam ini bukan setakat mengajar Agama Islam , mereka 
sebenarnya penyelamat khazanah Melayu dalam bidang sains, teknologi, angkasa 
lepas (astronomi) yang semakin pupus.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

*********** 
Malay manuscripts are handwritten documents mostly written in the Jawi-Arabic 
script and dates as early as the 15th century. It is invaluable (rare) and a 
national heritage that must be preserved for posterity. The manuscripts extend 
over diverse areas, studies on Malay language, Islamic studies, Astrology, Folk 
literature (syair, gurindam, hikayat), traditional medicine, handwritten Quran 
and its interpretations, historiography, laws and discourses on Malay society 
and culture.
http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenstone/images/html/introduction.htm 

A few Malay manuscripts were acquired in 1753 in the Sloane, Harley and Egerton 
foundation collections of the British Museum. Most, however, came into the 
Library in the first half of the 19th century from the collections of John 
Crawfurd, Colin Mackenzie and John Leyden, who had all served with the East 
India Company in Southeast Asia. There are about 100 Malay manuscript volumes 
which originate mostly from Java and the Malay peninsula, with a strong focus 
on literature, history and law, but with relatively few works on Islam.
http://www.bl.uk/reshelp/findhelplang/malay/malaycollections/malaycollections.html
 


PENSYARAH KOREA BIMBANG TULISAN JAWI AKAN PUPUS 

Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untuk pengejaannya dinamakan 
sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah membangunkan tamadun Melayu 
dan pernah mencorak ketuanan Melayu di zaman pra-kemerdekaan. Pada tahun 2007 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan bahawa tulisan Jawi 
bukan satu mata pelajaran bahkan tidak diwajibkan kepada pelajar sekolah 
menengah.

Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai
nilai komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan sejarah 
sebagaimana pada catatan rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnya diungkap 
oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion. Jika masyarakat Melayu 
kehilangan qudrat untuk membaca tulisan Jawi saat ini, adakah kita mahu meminta 
Champollion 2 membaca tulisan Jawipada masa akan datang?

Sikap yang beranggapan bahawa tulisan jawi adalah semata-mata tulisan untuk 
unsur-unsur keagamaan perlu dipupuskan, kerana dahulunya ia turut diaplikasikan 
secara meluas oleh semua kaum di tanah Melayu. Hal ini dibuktikan melalui 
pengalaman ilmu yang dimiliki oleh V. Kamala Devi, bangsa India yang mahir 
membaca dan menulis Jawi (Ruj: Kamala Devi Masters Jawi Despite Dropping Out Of 
School, Bernama.com. June 16, 2007).

Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi 
dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat 
Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan 
pelopor kepada seni khat Jawi.

Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi agar ia 
tidak disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi semula.

PENSYARAH KOREA BIMBANG TULISAN JAWI SEMAKIN DILUPAKAN
30 Jan 2012

Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu 
semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Prof Dr 
Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji 
tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia. 
Menurutnya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia 
mungkin pupus satu hari nanti.

Speaking in fluent Malay, the professor who lectures at the Sultan Idris 
University of Education (UPSI) in Tanjung Malim, added: “Many experts I became 
acquainted with have retired without replacements.

“For us, the Korean language and script are the identity of our people.

“And, in my opinion, the Jawi script is the identity of Malaysians.

“As such, Malaysians should learn Jawi to ensure they have a true Malaysian 
identity,” said Prof Kang, who came to Malaysia in 1984 to undertake further 
research into the script.

Prof Kang said to draw more Malaysians particularly the young to use the 
script, the Jawi spelling system should be reverted to the Za'ba Jawi spelling 
system, which is simple and easy to learn. - Bernama

**********************
Pensyarah Korea bimbang tulisan jawi semakin dilupakan

KUALA LUMPUR 29 Jan. 2012 – Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea 
melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan 
generasi muda di Malaysia.

Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula 
mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik 
Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia 
mungkin pupus satu hari nanti.

"Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu 
ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah 
tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?" kata Dr 
Kyoung Seok yang fasih berbahasa Melayu.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, menegaskan 
media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara 
lebih meluas.

Dr Kyoung Seok berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan 
Melayu Mingguan diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat di negara ini 
membacanya.

Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan 
Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemahkan lebih 
banyak buku ke tulisan jawi, katanya. – BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm
 

Monday January 30, 2012
Jawi at risk of extinction

KUALA LUMPUR: A Korean expert in Jawi has expressed concern that the script is 
increasingly being forgotten in Malaysia and may become extinct.

“Malaysia has to educate the young generation in the Jawi script,” said Prof Dr 
Kang Kyoung Seok of the Pusan University of Foreign Studies.

Prof Kang, who began his research into Jawi in 1974, regards the script as a 
one-of-a-kind asset of Malaysia.

Speaking in fluent Malay, the professor who lectures at the Sultan Idris 
University of Education (UPSI) in Tanjung Malim, added: “Many experts I became 
acquainted with have retired without replacements.

“Without the experts, who is going to take charge of safeguarding the Jawi 
script?

“Malaysia should produce more experts in the Jawi script, especially among the 
young, to succeed the retired experts,” he said.

He said the media plays an important role in ensuring the wide use of Jawi and 
hoped newspapers using the script, such as Utusan Melayu, would be given a 
boost to attract more readers.

He suggested the Malaysian Institute of Translation and Books as well as Dewan 
Bahasa dan Pustaka to translate more books into Jawi script.

“In (South) Korea, we translate many books because we want our people to master 
the Korean language and script more than any other language.

“For us, the Korean language and script are the identity of our people.

“And, in my opinion, the Jawi script is the identity of Malaysians.

“As such, Malaysians should learn Jawi to ensure they have a true Malaysian 
identity,” said Prof Kang, who came to Malaysia in 1984 to undertake further 
research into the script.

He said Malaysians were comfortable with the romanised script, which was more 
widely used compared to Jawi.

He added this was the main reason why Jawi was being forgotten.

Western influence was also a reason because the romanised spelling was adopted 
from the English language, he said.

Prof Kang said to draw more Malaysians particularly the young to use the 
script, the Jawi spelling system should be reverted to the Za'ba Jawi spelling 
system, which is simple and easy to learn. - Bernama

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/1/30/nation/10562169&sec=nation#13278810665231&if_height=294
 

**************
Tulisan Jawi: Khazanah Pendidikan al Quran Di Tanah Melayu

Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untuk pengejaannya dinamakan 
sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah membangunkan tamadun Melayu 
dan pernah mencorak ketuanan Melayu di zaman pra-kemerdekaan.

Berdasarkan berita yang bertarikh 5 Julai 2007, Harakahdaily melaporkan 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan bahawa tulisan Jawi 
bukan satu mata pelajaran bahkan tidak diwajibkan kepada pelajar sekolah
menengah.

Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai
nilai komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan sejarah 
sebagaimana pada catatan rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnya diungkap 
oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion. Jika masyarakat Melayu 
kehilangan qudrat untuk membaca tulisan Jawi saat ini, adakah kita mahu meminta 
Champollion 2 membaca tulisan Jawipada masa akan datang?

Sikap yang beranggapan bahawa tulisan jawi adalah semata-mata tulisan untuk 
unsur-unsur keagamaan perlu dipupuskan, kerana dahulunya ia turut diaplikasikan 
secara meluas oleh semua kaum di tanah Melayu. Hal ini dibuktikan melalui 
pengalaman ilmu yang dimiliki oleh V. Kamala Devi, bangsa India yang mahir 
membaca dan menulis Jawi (Ruj: Kamala Devi Masters Jawi Despite Dropping Out Of 
School, Bernama.com. June 16, 2007).

Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi 
dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat 
Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan 
pelopor kepada seni khat Jawi.

Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi agar ia 
tidak disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi semula.
http://bkasm.org/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=205   



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke