1 Feb 2012 , JOHOR BAHRU – Seorang warga emas, Lim Ah Lek, 72, mendakwa 
hidupnya kini tertekan apabila terpaksa menanggung bil elektrik yang tidak 
munasabah sejak beberapa bulan lalu.
 
Menurut Ah Lek, bacaan bil elektrik di rumahnya di Taman Perumahan Rakyat 
Iskandar di sini berubah secara mendadak sejak meter bacaan ditukar oleh pihak 
Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa pengetahuannya pada Oktober tahun lepas.
 
Jelasnya, sejak itu, bil elektrik melambung tinggi sehingga mencecah RM1,092.52 
sebulan berbanding hanya purata RM17 sebulan sebelum ini.
 
Katanya, jumlah tersebut tidak munasabah memandangkan dia hanya tinggal 
bersendirian dengan memiliki sebuah kipas, televisyen dan peti sejuk dengan 
penggunaan yang cukup minimum.
 
Ujarnya, pada bulan Oktober tahun lalu, bil elektrik di rumahnya melambung 
sehingga RM96 dan dia kemudian menerima notis pemotongan pada bulan Disember 
apabila bil mencecah RM150. 
 
“Apabila saya ajukan masalah ini kepada pihak TNB, saya dimaklumkan bahawa 
meter telah ditukar dan saya perlu membayar bil mengikut jumlah yang 
ditetapkan. Saya akur dan membayarnya.
 
“Bagaimanapun, bil terbaharu yang saya terima awal Januari lalu menunjukkan 
jumlah mengejutkan iaitu RM1,092.52. Ia membuatkan saya tertekan kerana tidak 
ada duit untuk membayarnya,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri 
Ketua Biro Aduan Awam Pemuda MCA Johor, Kua Song Tuck di sini semalam.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
 

Kirim email ke