Saya dikhabarkan permohonan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia ibu tunggal di bawah 
ini ditolak. Harap pihak LHDN, Jabatan Perdana Menteri dan sebagainya dapat 
menyiasat perkhabaran tersebut. Mungkin ramai lagi yang senasib dengan ibu 
tunggal di bawah ini yang sentiasa mengharapkan bantuan tersebut kerana media 
hari-hari menyiarkan bantuan tersebut , menyebabkan ramai yang menaruh harapan, 
terutama mereka yang benar-benar memerlukan.

********* 
Kepada mereka yang ingin membantu sila salurkan ke akaun atas nama Faizah bte 
Mohamed Kassim, No akaun Maybank 152116174237

IBU TUNGGAL TERTEKAN ANAK SAKIT JANTUNG, RUMAH BAKAL DILELONG

Utusan Malaysia - Dua daripada lima anaknya menghidapi sakit jantung sementara 
rumahnya di Taman Sejahtera di Lunas dekat sini bakal dilelong oleh pihak bank.

Inilah nasib malang yang menimpa ibu tunggal Faezah Mohd. Kassim, 39.

Dia sendiri kurang sihat ekoran kemalangan jalan raya yang dialami tahun lalu.

"Akibat keadaan tersebut saya sering tidak dapat ke tempat kerja yang 
menyebabkan gaji selalu berkurangan kerana banyak cuti sakit.

"Permohonan saya untuk mendapat pampasan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan 
Sosial) telah ditolak,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Faezah berkata, anak sulungnya, Nursyazwani, 17, akan menduduki peperiksaan 
Sijil Pelajaran Malaysia pada November ini tetapi kerap pengsan yang dipercayai 
akibat penyakit jantung yang dideritainya sejak berumur sembilan tahun.

Nursyazwani mendapat rawatan di Hospital Kulim sebanyak dua hingga tiga kali 
sebulan.

Anak ketiganya Nuradila, 14, juga mengalami sakit jantung berlubang dan sakit 
akibat tulang belakang tidak seimbang dan perlu mendapatkan rawatan susulan di 
Hospital Pulau Pinang.

Tiga lagi anaknya juga masih bersekolah.

"Saya pernah menganggur selama lebih enam bulan dan oleh itu saya tidak 
membayar pinjaman rumah sejak dua tahun lalu. Rumah saya akan dilelong pada 
bila-bila masa,” kata Faezah.

Orang ramai atau badan-badan amal yang berhasrat membantu keluarga ini boleh 
menghubungi Faezah di talian 017-5825890. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke