Sekarang ini kita menyambut Maulid Nabi. Marilah kita sambut dengan mengamalkan 
sunnah Nabi SAW yang begitu amat mengambil berat mereka yang kesusahan dan 
kelaparan. Dibawah ini kisah benar yang disiarkan di beberapa blog , juga 
berita berkaitan ada disiarkan di Utusan Malaysia pada bulan Disember 2011 yang 
lalu. Kisahnya ialah pasangan adik beradik yang mencuri besi buruk meja sekolah 
mereka sendiri untuk dikumpul, untuk dibeli beras, kerana mereka sering 
kelaparan.

**********
Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg 
berumur 12 tahun dan seorang lagi kawan mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian 
tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli 
besi buruk utk RM3. Kenapa? Sebab nak beli beras. “Kami lapar sgt,” kata mereka.

Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa 
mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di 
tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.

Kisah penuh cerita ini di pautan berikut : 
http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2012/02/kami-mencuri-sebab-nak-beli-beraskami.html
 
http://facebookaans.blogspot.com/2012/02/mohon-sebaran-mari-kito-bantu-adik-ni.html
 

Untuk membantu nasib pelajar di atas serta mereka yang menjalani nasib yang 
sama, sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Ustazah Siti Hawa 0139180191 ( Guru Besar KAFA Integrasi Al-Insaniah, Petaling 
Jaya)
Ustazah Norazainah 0173217971

Di bawah ini berita berkaitan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia : 

13 Dis 2011

KETIKA anak lain ke sekolah agama, Udin (bukan nama sebenar) leka bermain. 
Sesekali matanya merenung ke arah sekolah. Ada perasaan sayu dan pilu dalam 
hatinya. Dia sememangnya teringin untuk belajar di sekolah agama itu tetapi 
apakan daya, ibunya tidak mampu untuk membayar yuran sekolah. Meskipun 
jumlahnya hanyalah RM20 sebulan. Makan mereka pun atas belas ehsan jiran. 

Dia dan abangnya pernah ditangkap kerana mencuri meja sekolah. Bahagian besi 
meja itu dijual kepada pembeli barang lusuh. 

Kisah lanjut di 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm
 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke