Sekarang ini sedang sibuk dengan
program agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 atau BR1M yang dalam
bentuk baucer yang boleh ditunaikan. Namun dalam satu tulisan blog
ada kemungkinan seorang yang sama boleh mendapat 2 atau mungkin lebih
baucer RM500 ini kerana terdapat kelemahan dari segi agihan yang
dilakukan secara manual. Pihak berkaitan haruslah menyiasat akan
kemungkinan dakwaan ini agar tidak menzalimi yang benar-benar
sepatutnya dan mengharapkan bantuan tersebut.

Di bawah artikel dari blog tersebut :

Saya terbaca ada kes di Kuala Lumpur di
mana dua orang telah menerima dua baucar tiap seorang dan
menunaikannya. Saya perhatikan jika saya hendak berbuat demikian
boleh juga, tetapi risikonya akan ditanggung kemudian. 

Oleh kerana terdapat lapan kaunter
pendaftaran saya boleh mendaftar sehingga lapan kali jika saya mahu
dan mendapat lapan stiker oleh kerana setiap kaunter mempunyai
senarai nama yang sama. Kemudian saya boleh keluar masuk dewan
sebanyak lapan kali semasa Menteri Besar menyerahkan baucar. Saya
akan meletakkan lapan stiker yang berlainan dan mendapat lapan
baucar.

Tetapi saya hanya boleh menunaikan dua
baucar kerana terdapat dua kaunter pendaftaran bayaran dan dua bilik
kaunter bayaran. Saya perhatikan tidak ada komputer digunakan dan
tidak ada cara untuk mengesan jika sesiapa mendaftar dan menunaikan
baucar lebih dari sekali.

Artikel sepenuhnya di http://www.maarofkassim.com/2012/02/menerima-br1m.html 

Kirim email ke