http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Biarkan si luncai terjun.....

Oleh Zainudin Maidin

APA yang sedang berlaku kepada Pas sekarang hampir menyerupai krisis 
yang menggugat pucuk pimpinan UMNO lebih 12 tahun lalu. Penerapan 
anasir-anasir Datuk Seri Anwar Ibrahim menggoncang Pas dan akan 
menghancurkannya jika kesedaran tidak mengatasi sentimen yang menutup 
akal dan mata terhadap kebenaran.

Bezanya cuma Anwar tidak sempat menukarkan nilai dan prinsip asal 
UMNO walaupun percaturan politiknya berjaya menyingkirkan semua 
halangan kepada kemaraannya, tetapi Pas telah berjaya dikuasainya 
sehingga menukarkan keperibadian, memesongkan akidah, menjadikan 
kepimpinan ulama hanya sebagai patung-patung dan Pas menjadi ultra liberal.

Halangan besar kepada Anwarisme iaitu Nasharuddin Mat Isa dan Hasan 
Ali manakala Azizan menunggu giliran. Kepimpinan ulama umpama melukut 
di tepi gantang walaupun sesekali cuba tunjukkan Al Ulama Warisatul 
Ambia (ulama mewarisi kenabian).

Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa masuk Anwar ke dalam UMNO pada 1982 
dengan harapan akan menggelapkan masa depan Pas tetapi 18 tahun 
kemudian tangannya sendiri digigitnya.

Dr. Mahathir hampir keseorangan dalam saat kecemasan menghadapi 
cabaran genting terhadap kepimpinannya. Yang tinggal hanya mereka 
yang bersiap sedia untuk mengikut arus.

Semua ini berlaku menerusi taktik terancang, penguasaan institusi 
strategik, mengambil kuasa ke atas media arus perdana, elektronik dan 
cetak, memperkecilkan projek-projek mega Perdana Menteri, 
membangkitkan amalan kronisme, memperkenalkan Islam Madani untuk 
menyaingi gagasan Penerapan Nilai-Nilai Islam, Universiti Islam 
Antarabangsa (UIA) dinafikan sebagai inisiatif Dr. Mahathir, 
persengketaan dengan Singapura didakyah sebagai berpunca daripada Dr. 
Mahathir dan pelbagai lagi tikaman dari dalam untuk menghilangkan 
keyakinan terhadap kepimpinannya.

Dr. Mahathir hanya tersedar pada saat terakhir, dalam keadaan lemas 
dan cemas, tetapi kekuatan minda dan jiwa luar biasa yang ada padanya 
dengan bantuan segelintir kawan-kawan yang masih setia telah 
membolehkan beliau timbul semula dan berenang mengharungi badai serta 
mengalahkan pencabarnya.

Apabila Datuk Kamaruddin Jaafar bekas Setiausaha Agung ABIM dan 
Setiausaha Politik Anwar menyertai Pas dan dengan pantas mendapat 
tempat sebagai Setiausaha Agung Pas, maka kelihatan jelas strategi 
penyusupan yang cukup licin untuk mengAnwarismekan Pas.

Tetapi barangkali Pas terhidu bahaya maka langkah seperti menarik 
benang dalam tepung diambil. Kamaruddin telah digantikan dengan Datuk 
Mustafa Ali, seorang nasionalis yang merupakan survivor handal dalam Pas.

Mustafa telah selamat mengharungi ombak politik apabila pimpinan 
nasionalis cauvinis Pas digulingkan oleh kepimpinan ulama dogmatis 
dan seterusnya dalam keadaan Pas berada di lembah ultra liberal.

Menguasai

Grand design Anwar dari awal penyertaannya untuk menguasai UMNO 
dimudahkan oleh kepimpinan Dr. Mahathir yang memberikan kepercayaan 
penuh kepadanya tetapi akhbar Utusan Malaysia tidak turut 
terperangkap dalam strategi medianya yang diinisiatifkan oleh orang 
kuatnya daripada Berita Harian. Namun keadaan berubah setelah berlaku 
perubahan pucuk kepimpinan Jabatan Pengarang Utusan Melayu.

Kelemahan Dr. Mahathir di sebalik semua keulungan, kepintaran, 
kebijaksanaan, kecekapan dan keberaniannya yang mengagumkan rakyat 
Malaysia dan juga masyarakat dunia ialah beliau boleh terpengaruh 
dengan orang yang karismatik, petah bercakap dan pandai berdrama 
dengan idea-idea besar.

Kebanyakan wartawan dapat mencium lebih dahulu perasaan tidak sabar 
Anwar untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir.

Dengan berasaskan kepada semua maklumat yang sahih, suatu hari saya 
memberitahu Dr. Mahathir tentang ancaman yang sedang di dihadapinya 
di belakang tabir tetapi beliau bertanya kepada saya, "Zam, yang baik 
tentang Anwar tak adakah, semuanya hanya buruk belaka".

Dalam program Hal Ehwal Semasa terbitan RTM pada April 1993, Rosnah 
Majid daripada Utusan Malaysia mendedahkan strategi Anwar yang ketika 
itu baru menjadi Menteri Kewangan untuk mencabar Tun Ghafar Baba 
sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Program itu disertai juga oleh Rijal Arbee daripada Berita Harian 
sebagai panel dengan Dr. Kamal Salih daripada Institut Penyelidikan 
Ekonomi Malaysia (MIER) sebagai moderator.

Rosnah telah bertanya; Apakah benar saudara Anwar akan mencabar 
Ghafar untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO? Anwar mengalih 
pertanyaan itu dengan jawapan, "Apa gunanya dibangkitkan pekara ini 
sekarang sedangkan pemilihan pucuk pimpinan akan berlaku hanya pada November."

Tetapi apabila Rosnah mengemukakan bukti bahawa beliau telah mengatur 
strategi yang cukup rapi dengan meletakkan orang-orangnya dalam semua 
media termasuk Utusan Malaysia, TV3 dan Berita Harian untuk 
mempromosinya, Anwar kemudian naik berang dan terus menuduh 
pertanyaan Rosnah itu mewakili orang yang benci dan iri hati dengannya.

Taktik inilah juga yang digunakannya sehingga sekarang apabila ada 
pertanyaan wartawan yang mencabar kredibiliti atau mendedahkan 
pembohongannya. Sudah lumrah mereka mendengar jawapan balas dengan 
pertanyaan daripadanya, "Oh, awak dari mana? Daripada UMNO, alat 
Barisan Nasional," dan sebagainya.

Banyak peristiwa yang menimbulkan keraguan tentang penghayatan Anwar 
dengan nilai dan aspirasi UMNO.

Pertamanya, tidak lama selepas beliau menjadi Menteri Pelajaran, 
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) membantah 
Konsert Anak Desa Bersama Sudirman yang dijadualkan berlangsung pada 
5 Januari 1985.

Siapa yang mendalangi gerakan ini mudah diketahui kerana akhbar 
kumpulan New Straits Times Press yang menjadi promoter agenda-agenda 
Anwar menjuarai bantahan manakala kumpulan Utusan Melayu pula 
menyokong konsert itu.

Kekecohan isu ini menarik perhatian Dr. Mahathir yang memanggil Ketua 
Pengarang Berita Harian dan Utusan Melayu ke kediamannya pada suatu 
malam yang turut dihadiri oleh beberapa orang anggota Majlis Kerja 
Tertinggi UMNO termasuk Musa Hitam, Abdullah Badawi dan Anwar sendiri 
bagi membincangkan perkara itu.

Tentangan

Dr. Mahathir yang hairan kenapa mesti ada tentangan terhadap 
Sudirman, telah mengarahkan supaya konsert itu diteruskan. Tetapi 
beliau tidak menyedari siapakah yang berada di belakang bantahan itu 
dengan tujuan menunjukkan semangat ABIM masih membara sekalipun telah 
menyertai kerajaan.

Demikian juga dalam isu penentangan terhadap pertubuhan ajaran sesat 
Al-Arqam. Walaupun Perdana Menteri menyokong kuat perjuangan Utusan 
Malaysia untuk mengharamkan Al-Arqam tetapi akhbar Berita Harian 
menyokong gerakan itu dengan pelbagai publisiti dan menganjurkan 
majlis baca puisi Al-Arqam di PWTC. Anwar menjemput pemimpin Al-Arqam 
dan ahlinya berbuka puasa di kediaman beliau di Damansara 
bersama-sama dengan para wartawan dan pengarang kanan akhbar.

Apabila saya memberitahu Dr. Mahathir bahawa Utusan Malaysia tidak 
akan menghentikan penentangan terhadap Al-Arqam kerana berseorangan 
dalam hal ini, Dr. Mahathir meminta ia diteruskan kerana beliau tetap 
menyokong tetapi tidak menyedari siapa yang sedang menikam dari belakang.

Apabila Anwar menguasai Utusan Malaysia sepenuhnya, rombongan 
Al-Arqam telah melawat Ibu Pejabat Utusan Melayu dan diberikan 
sambutan. Namun akhirnya Al-Arqam telah diharamkan.

Harus diingatkan banyak peristiwa 'gunting dalam lipatan' hanya 
terdedah bila Dr. Mahathir menyedari kesilapannya tetapi beliau 
terpaksa membayar harga politik yang sangat mahal untuk menyingkirkan 
seorang yang amat dipercayai dan disayanginya pada saat-saat 
kedaulatan negara hampir tergadai kepada kuasa asing dan maruah 
bangsa yang dibinanya sejak lebih 20 tahun hampir terpadam.

Saya pernah memberitahu Dr. Mahathir secara terbuka dalam tulisan dan 
juga dalam ucapan semasa menjadi Menteri Penerangan dan sebelumnya, 
yang disiarkan oleh media cetak bahawa kesilapan besar beliau adalah 
membawa masuk Anwar ke dalam UMNO, tetapi beliau menjawab, "Mana saya 
tahu dia akan berbuat demikian".

Sebenarnya tidak semua orang Pas yang percaya dan senang dengan 
Anwar, baik yang telah tersingkir atau yang masih berada di tampuk 
kuasa parti atau kerajaan.

Setelah saya kalah dalam Pilihan Raya 2008, saya telah menjemput 
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk melancarkan 
buku Ulama Terbilang Negeri Kedah, Allahyarham Haji Abdul Rahman 
Merbok, yang diterbitkan oleh JASA semasa saya menjadi Menteri Penerangan.

Azizan menyetujuinya kerana saya rakan semaktab dengannya dan Haji 
Abdul Rahman ialah guru bapanya.

Tetapi suatu yang tidak dapat saya lupakan hingga hari ini ialah 
bisikan Azizan kepada saya di majlis itu yang diadakan di surau pekan 
Merbok, "Buat apa RTM buat siaran langsung debat dengan Anwar di 
Dewan Bahasa? Saya menjawab, "Saya bukan lagi Menteri Penerangan".

Penerapan anasir-anasir Anwar ke dalam Pas telah memesongkan parti 
itu daripada jati dirinya serta kemurnian prinsip agung perjuangan 
Islamnya. Walaupun Anwar hanya menarik tali dari luar dan tidak 
berada di dalam Pas seperti dia berada dalam UMNO tetapi kesannya 
kepada Pas lebih buruk lagi.

Pas telah menjadi begitu toleran terhadap segala kemaksiatan yang 
menjadi bahan cacian dan kutukan terhadap UMNO sebelumnya, daripada 
penjualan arak, persundalan, murtad, seks songsang dan terakhir, 
penerimaan kepada kepimpinan yang mahukan pengiktirafan terhadap 
keselamatan Israel.

Sudah terlalu lewat untuk Pas kembali ke pangkal jalan. Pas tidak 
mempunyai seorang manusia luar biasa yang berkaliber besar seperti 
Dr. Mahathir dalam UMNO yang berupaya mengumpul serta memulih 
kekuatannya dengan pantas, tegas dan nekad untuk timbul semula bagi 
menentang dan memusnahkan musuh dalaman.

Tidak ada siapa pun dalam Pas yang akan dapat menandingi kekuatan 
Anwar. Para ulama pun telah menjadi umpama patung-patung.

Apa yang dapat diucapkan kepada Pas dalam saat-saat kesedihan 
menyaksikan penyerahan dirinya kepada segala kemungkaran hanyalah 
"Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya".



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke