http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm
Menghadapi Tekanan Secara Islam
Profesor Dr. Osman Che Bakar

Ramai yang tertekan serta menderita apabila mengalami peristiwa atau 
musibah seperti kerosakan harta benda, kehilangan atau kegagalan 
dalam kerjaya, percintaan atau rumah tangga dan sebagainya.

Musibah atau tekanan adalah satu peristiwa yang ditakuti dan tidak 
dikehendaki oleh mana-mana individu di dalam kehidupan seharian.

Majoriti daripada kita akan bertindak-balas secara spontan sama ada 
mengeluh, memaki-hamun dan marah terhadap seseorang malah ada pula 
yang marah kepada takdir Tuhan.

Individu yang terbabit dengan musibah mengalami gejala-gejala tekanan 
seperti bimbang, hilang tumpuan, cepat marah, tidak dapat tidur, 
hilang selera makan dan lain-lain lagi.

Berdasarkan personaliti serta cara seseorang menangani sesuatu 
tekanan, ada yang merasakan kehidupannya sudah tidak bererti, menjadi 
panik dan merasakan yang dunia ini kejam terhadapnya.

Situasi ini akan lebih menyakitkan apabila ada pula insan sekeliling 
yang memberi ulasan-ulasan negatif.

Sering dikatakan musibah didatangkan sebagai hukuman atau peringatan 
daripada Allah SWT tetapi hakikat dan tujuan yang sebenar, hanya 
Allah yang maha mengetahui.

Bolehkah kita mentakrifkan apa yang ditentukan Allah SWT mungkin 
benar atau sebaliknya?

Lupakah kita ujian-ujian yang dilalui oleh para sahabat Rasulullah 
dan para nabi jauh lebih hebat dan apakah mereka ini melakukan banyak 
kesalahan serta kita lebih baik daripada mereka?

Tetapi sebagai seorang Islam, kenapa kita tidak melihat dan pelajari 
akan apa yang difirmankan Allah SWT di dalam Al-Quran serta sunnah 
Rasulullah melalui hadisnya.

Allah SWT menegaskan dalam surah al-Baqarah ayat 286, bahawa Dia 
tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Ini bermakna setiap individu yang mengalami musibah tersebut akan 
mampu mengatasinya .

Kerap seseorang individu menjadi kecewa, marah dan susah hati apabila 
sesuatu hajat yang diingini tidak berjaya atau sesuatu perkara lain 
pula yang berlaku.

Mereka lupa akan firman Allah SWT; "Adakalanya sesuatu itu tidak baik 
bagimu meskipun kamu begitu menghendakinya dan adakala pula sesuatu 
itu baik bagimu meskipun kamu tidak menyukainya, sesungguhnya aku 
mengetahui tetapi kamu tidak mengetahuinya".

Kita terlalu mengharapkan keseronokan, kemudahan serta kenikmatan 
dunia, sudah tentu ia tidak salah kerana itu adalah sifat naluri 
seseorang manusia.

Allah SWT juga menyuruh kita berbuat demikian seperti firmannya; "Dan 
hendaklah kamu mencari kebaikan akhirat dan jangan lupa habuan kamu di dunia."

Masalahnya, ramai di antara kita tidak mempedulikan janji Allah SWT 
tentang kehidupan akhirat yang mana ia adalah kehidupan yang kekal 
sebenarnya dan lebih baik.

Jika kita benar bertakwa dan yakin, majoriti daripada tekanan yang 
kita alami tidak memerlukan kita bersedih dan merasa kecewa yang 
melampau bahkan dapat melihatnya secara lebih positif.

Pun begitu, janganlah ada antara kita beranggapan kita tidak 
memerlukan rawatan dan ubat-ubatan bahkan menasihati ahli keluarga 
atau rakan yang mengalami tekanan untuk tidak mendapatkan rawatan 
memadai hanya dengan reda.

Ramai antara kita yang tersalah faham mengenai konsep reda dalam 
Islam. Reda pada Islam bukan bererti menyerah bulat-bulat kepada 
takdir tanpa disusuli dengan usaha dan ikhtiar.

Sikap terbuka

Ubat-ubatan dan kaunseling akan melengkapkan proses pemulihan emosi 
seseorang individu.

Dapatkan nasihat daripada mereka yang mempunyai pengalaman mengatasi 
masalah tersebut, berkongsilah masalah anda dengan saudara-mara atau 
rakan karib atau mana-mana individu yang anda percaya dapat membantu.

Cubalah amalkan mengambil sikap terbuka dan fikirlah secara positif 
dan objektif dalam usaha menyelesaikan sesuatu kesulitan.

Bermula sekarang, kita harus mengambil pendekatan tidak mengeluh 
bahkan banyakkanlah menyebut Allahuakbar, Subhanallah, Astaghfirullah 
berulang-kali kerana jika kita mengeluh, memaki hamun contohnya 
apabila terpijak paku, kita meneriak celaka sambil memaki hamun, 
percayalah kita akan lebih merasa sakit.

Tetapi jika kita ingat dan yakin akan apa yang diberitahu Allah SWT 
dan ajaran Rasulullah, kita akan merasa kurang sakit, reda serta 
mendapat limpahan keampunan dan rahmat Allah SWT. Kita hendaklah 
bersabar dan banyak berdoa serta dapatkan rawatan dan pertolongan 
supaya kita beroleh kejayaan, di dunia apalagi di akhirat. 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke