Apabila si jahil bersuara maka bersoraklah syaitan dan konco-konconya...

>2 Feb 2012 - BARU-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk 
>Jamil Baharom telah melancarkan Kempen Kesedaran Halal berkaitan 
>Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di Institut Kefahaman Islam 
>Malaysia (IKIM). Berita mengenainya sekali lagi disiarkan oleh 
>sisipan Mega Utusan Malaysia pada Jumaat pada 13 Januari 2012.
>
>Pada majlis tersebut Jamil Khir memperkenalkan logo halal yang baru 
>keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Difahamkan logo 
>tersebut akan dicetak pada semua bungkusan makanan atau 
>barang-barang lain oleh syarikat-syarikat tempatan di mana 
>barang-barang keluaran mereka mendapat kelulusan halal dari Jakim.
>
>Dukacita pada logo tersebut terdapat kesilapan pada ejaan jawi di 
>mana nama negara Malaysia telah dieja kepada Malayzia. Dan 
>difahamkan nama Malayzia tidak ada disebut oleh mana-mana negara di 
>dunia ini. Di negara-negara Arab di Timur Tengah pula akan disebut 
>atau dikenali sebagai Malasie.
>
>Jakim sewajarnya mencontohi Bank Negara Malaysia (BNM) di mana semua 
>wang kertas keluaran BNM didapati betul dalam ejaan tulisan jawi.
>
>Ejaan betul pada semua wang kertas tersebut dieja 'min lam ya sin ya 
>alif' dan bukannya ejaan salah iaitu 'min alif lam ya zai ya alif' 
>seperti terdapat di logo halal tersebut.
>
>Nama negara Malaysia ada termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 
>dan ia mestilah dihormati sama ada dalam bentuk ejaan pada semua 
>tulisan atau sebutan. Dengan kesilapan itu seolah-olah Jakim tidak 
>prihatin kepada tulisan jawi dalam ejaan Melayu. Kesilapan itu juga 
>boleh membawa kepada kekeliruan di kalangan murid-murid sekolah.
>
>Saya percaya Jakim telah mengeluarkan belanja yang agak besar untuk 
>memperkenalkan logo baru itu termasuklah mencetak sijil halal, 
>banner, baju pegawai penguatkuasa yang ada logo tersebut dan lain-lain lagi.
>
>Atas kelemahan dan kesilapan itu, syarikat-syarikat juga akan 
>mengalami kerugian kos atau tenaga kerja jika pembetulan grafik di 
>logo itu terpaksa dibuat pada bungkusan-bungkusan keluaran mereka 
>yang sudah siap dicetak dan hanya menunggu untuk diedarkan di 
>pasaran tempatan atau ke luar negara.
>
>HAMID DAUD
>Kuala Lumpur
>
><http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm>http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
> 
>



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke