seingat saya memang dlm KELAS bhs arab sebenar kita sebut MA-LI-ZIE...

 ada ustaz yg mempunyai blog yg belajar di timur tengah juga menggunakan 
gelaran Al-Malizie (Maliziyy)


 yg sebut Ma-li-sie.. setahu saya ORANG FRANCE ...

 * tak tau lah kalau sipolan yg komplen ni dia duduk Algeria kot.. arab kat 
sana pun cakap french




----- Original Message -----
From: badiuzzaman
Sent: 02/06/12 09:14 AM
To: Forum Jamaah Islah Malaysia
Subject: Re: [Islah-Net] Kesilapan ejaan Malaysia pada tulisan jawi logo halal 
Jakim

 Apabila si jahil bersuara maka bersoraklah syaitan dan konco-konconya...

 >2 Feb 2012 - BARU-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
 >Jamil Baharom telah melancarkan Kempen Kesedaran Halal berkaitan
 >Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di Institut Kefahaman Islam
 >Malaysia (IKIM). Berita mengenainya sekali lagi disiarkan oleh
 >sisipan Mega Utusan Malaysia pada Jumaat pada 13 Januari 2012.
 >
 >Pada majlis tersebut Jamil Khir memperkenalkan logo halal yang baru
 >keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Difahamkan logo
 >tersebut akan dicetak pada semua bungkusan makanan atau
 >barang-barang lain oleh syarikat-syarikat tempatan di mana
 >barang-barang keluaran mereka mendapat kelulusan halal dari Jakim.
 >
 >Dukacita pada logo tersebut terdapat kesilapan pada ejaan jawi di
 >mana nama negara Malaysia telah dieja kepada Malayzia. Dan
 >difahamkan nama Malayzia tidak ada disebut oleh mana-mana negara di
 >dunia ini. Di negara-negara Arab di Timur Tengah pula akan disebut
 >atau dikenali sebagai Malasie.
 >
 >Jakim sewajarnya mencontohi Bank Negara Malaysia (BNM) di mana semua
 >wang kertas keluaran BNM didapati betul dalam ejaan tulisan jawi.
 >
 >Ejaan betul pada semua wang kertas tersebut dieja 'min lam ya sin ya
 >alif' dan bukannya ejaan salah iaitu 'min alif lam ya zai ya alif'
 >seperti terdapat di logo halal tersebut.
 >
 >Nama negara Malaysia ada termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
 >dan ia mestilah dihormati sama ada dalam bentuk ejaan pada semua
 >tulisan atau sebutan. Dengan kesilapan itu seolah-olah Jakim tidak
 >prihatin kepada tulisan jawi dalam ejaan Melayu. Kesilapan itu juga
 >boleh membawa kepada kekeliruan di kalangan murid-murid sekolah.
 >
 >Saya percaya Jakim telah mengeluarkan belanja yang agak besar untuk
 >memperkenalkan logo baru itu termasuklah mencetak sijil halal,
 >banner, baju pegawai penguatkuasa yang ada logo tersebut dan lain-lain lagi.
 >
 >Atas kelemahan dan kesilapan itu, syarikat-syarikat juga akan
 >mengalami kerugian kos atau tenaga kerja jika pembetulan grafik di
 >logo itu terpaksa dibuat pada bungkusan-bungkusan keluaran mereka
 >yang sudah siap dicetak dan hanya menunggu untuk diedarkan di
 >pasaran tempatan atau ke luar negara.
 >
 >HAMID DAUD
 >Kuala Lumpur
 >
 ><http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
 > 
 >>http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
 > 
 >

 

Kirim email ke