Kadang-kadang kita ingat kita susah, rupanya ada ramai lagi yang lebih susah 
dari kita. Kita ingatkan orang yang duduk rumah teres ada pekerjaan tetap ini 
hidup mereka tak susah, tetapi tidak. Saya dikhabarkan kisah sebuah keluarga di 
Malaysia yang pendapatan keluarga tersebut di bawah RM1500 sebulan.

Akibat kesempitan hidup di bandar, selepas bayar duit rumah, hutang kereta 
(bawah RM250) dan macam-macam lagi, akhirnya yang tinggal tidak cukup untuk 
belanja dapur.

Akhirnya satu demi satu barang di rumah terpaksa dijual bermula dari barang 
kemas hinggalah ke perabot, semata-mata untuk membeli lampin anak, susu anak, 
belanja sekolah anak. Anak mereka ke sekolah hanya berjalan kaki, dibekalkan 
hanya RM1 sehari, kalau ada kelas Kafa sampai petang ditambahlah RM1 lagi.

Baru-baru ini, keluarga tadi terpaksa menjual lagi salah satu perabot mereka 
hanya semata-mata untuk membeli pakaian seragam Puteri Islam anak mereka. 

(Sekarang ni pula sekolah tak macam zaman kita dulu. Saya di sekolah dulu  
masuk Kadet Tentera, semua pakaian percuma, baju percuma, beret percuma, kasut 
percuma. Sekarang ni aktiviti ko kurikulum di sekolah semua kena beli).

(Minggu lepas isteri saya beli pakaian Pengakap untuk anak. Lebih kurang RM100 
kosnya dari baju dan macam-macam lagi. Sebelum ni anak saya menyertai pasukan 
kadet. Isteri saya kata, pakain kadet tersebut masih elok lagi sebab jarang 
pakai, dia minta anak beri pada cikgu sekolah, supaya boleh beri kepada sesiapa 
yang perlu).

Punyalah susah keluarga tadi nak bayar bil elektrik tak sampai RM25 sebulan dan 
bil air tak sampai RM10 sebulan pun mereka tak mampu dan kini tertunggak hingga 
ratusan ringgit. 

Apabila kerajaan memberi bantuan RM100 kepada pelajar sekolah, si ibu dengan 
rasa berat hati minta izin daripada anaknya untuk membayar sedikit bil elektrik 
dan air. 

Dikhabarkan pula keluarga ini juga tidak layak dapat bantuan RM500 BR1M kerana 
terdapat kesilapan masuk maklumat pada borang. 

Apa yang menyentuh perasaan, ialah keluarga ini bukannya mahu kita beri derma, 
atau sedekah kepada mereka. Hanya mereka mahukan pandangan bagaimana kita semua 
boleh membantu beribu-ribu, puluhan ribu mungkin ratusan ribu keluarga seperti 
ini keluar dari kepompong kesusahan, di luar nampak OK tetapi hakikatnya tidak.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Di sini saya ingin mengemukakan pandangan saya mengenai isu ini :

1. Menyarankan agar Kementerian Pelajaran mewujudkan satu kumpulan ko-kurikulum 
yang membolehkan para pelajarnya memakai pakaian sekolah biasa atau pakaian 
sukan sekolah. Mungkin boleh beri nama Briged Sukarela. 

2. Semua pihak sekolah dan PIBG membuat aktiviti mengumpul pakaian sekolah 
terpakai, pakain seragam terpakai, kasut sekolah terpakai, beg sekolah terpakai 
yang masih elok untuk diagihkan kepada pelajar dari keluarga yang sebegini.

3. Memberi kelonggaran kepada keluarga sebegini dikecualikan dari Yuran KAFA, 
Duit Majalah Sekolah dan sebagainya. 

4. Baitul Mal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenal pasti keluarga sebegini 
dan memberi pertimbangan untuk membantu mereka khususnya untuk membeli pakaian 
seragam Puteri Islam dan sebagainya. 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke