Entah kenapa kenalan saya yang boleh dikatakan penyokong kuat kerajaan yang 
juga merupakan kakitangan kerajaan mengadu kepada saya mengenai masalah yang 
dihadapi oleh beliau serta kakitangan yang lain dalam isu agihan bantuan RM500 
BR1M. Dia mengeluh entah bila proses agihan BR1M ni nak selesai. Lepas tu pula 
PM umum boleh buat rayuan, mereka pun terpaksalah terima permohonan rayuan.

Yang jadi mangsa sekarang ni kakitangan dan pejabat kerajaan yang uruskan 
proses permohonan dan agihan BR1M ini. Pejabatnya yang sepatutnya banyak urusan 
lain perlu buat, dah jadi tempat orang mengadu pasal isu BR1M. BR1M jadi isu 
utama di pejabat tersebut ketika ini.

Kesian pula saya dengar keluhan pegawai kerajaan tadi yang merupakan penyokong 
kuat kerajaan. Dah tu pula katanya nak agihkan BR1M ni satu hal, bukan boleh 
main agih sahaja. Perlu buat acara rasmi, sediakan kemudahan untuk orang datang 
ambil, kemudian aturkan pula orang politik khususnya wakil rakyat untuk berucap 
dan agihkan kepada penerima.

Katanya lagi itu belum lagi masuk kes ada yang dapat RM500 ni dua kali kerana 
sistem agihan baucer BR1M adalah secara manual dari senarai nama yang dicetak 
dari komputer. Saya kata agihan sepatutnya ditulis cek melalui komputer , 
barulah komputer hanya akan cetak 1 cek sahaja untuk seorang penerima. 
Sedangkan baucer RM500 ditulis secara manual.

Saya kata pada dia, memang masa satu dua bulan tak cukup dan tak masuk akal nak 
proses BR1M ini. Saya katakan pada dia , perlu masa setahun baru boleh agihkan 
dengan sempurna dan menyeluruh. 

Bayangkanlah kita ada sekurang-kurangnya 3.4 juta isi rumah yang layak dapat 
BR1M ini. Kira punya kira, bermakna kalau proses dalam masa 1 bulan , bermakna 
setiap negeri perlu proses 1413 borang setiap jam. Itu baru nak proses, belum 
lagi dapat nak sahkan, dengan silap tulis namanya, ada yang isi borang 2 3 
kali, di bandar isi borang, balik kampung isi lagi borang.

Memang haru biru. 

Nampaknya ceramah saya malam nanti saya perlu perjelaskan kepada orang kampung 
supaya bersabar dalam agihan RM500 ni, kesian saudara mara dan sahabat kita di 
pejabat kerajaan yang tertekan sekarang ini dalam isu BR1M ini, tak kiralah 
mereka ni penyokong kerajaan sedia ada atau tidak. 

Harap-harap pemimpin kerajaan dapatlah beri gambaran sebenar isu agihan BR1M 
ini agar tidak memberi tekanan kerja yang melampau terhadap kakitangan kerajaan 
terutamanya penyokong mereka sendiri.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

INTIPATI BAJET 2012
Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja 
seperti berikut: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan 
bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus 
daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada 
bantuan ini. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah 
berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan 
ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UcapanBelanjawan2012/Article 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke