Bekas para peneroka Felda di LBJ, Labu,
N.Sembilan dulu begitu gembira apabila mendapat pampasan, kini mereka
derita. Jangan Pisang Berbuah Dua Kali, khususnya di N.Sembilan
dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam
Bursa Saham Malaysia kelak.

Justeru itu , ikuti Ceramah Perdana
yang akan diadakan di Labu , Negeri Sembilan bagi memberi kesedaran
kepada masyarakat akan nasib yang telah menimpa warga Felda di Labu
dan yang akan menimpa warga Felda di seluruh negara serta lain-lain
isu semasa.

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 19 Feb 2012 , AHAD
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Tengah, Batu 8, Jalan Labu,
Labu, N.Sembilan
Penceramah :
YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi
Awang, Presiden PAS
YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR
Pusat - Ahli Parlimen Ampang
YB Hj Taufek Abd Ghani, Pesuruhjaya PAS
N.Sembilan
Dato Kamarul Baharin Abas, Ketua PKR
N.Sembilan - Ahli Parlimen Telok Kemang
YB Loke Siew Fook, Pengerusi DAP
N.Sembilan - Ahli Parlimen Rasah/ADUN Lobak
Dr Rosli Yaakop, Timbalan Pesuruhjaya
PAS N.Sembilan
Ustak Khairul Anuar Mohd Wafa, Ketua
Pemuda PAS N.Sembilan
Tn Hj Anuar Azahari, YDP PAS Kawasan
Rasah

Peta ke tempat ceramah di 
http://pasns.blogspot.com/2012/02/derita-bekas-peneroka-felda-19-feb-2012.html 

************ 
Bekas jutawan LBJ tak mampu bayar bil
api, air 

SEREMBAN 10 Feb 2012 : Tidak mampu
membayar bil air dan elektrik yang mencecah lebih RM500 sebulan
selain cukai tanah melebihi RM1,000 antara faktor segelintir penduduk
Kampung Lyndon Ben Johnson (LBJ), Labu di sini, meninggalkan deretan
banglo tiga tingkat di kampung itu yang kini menjadi kenangan
kekayaan pernah dimiliki bekas peneroka terbabit.

Tinjauan mendapati hampir 10 rumah
dibiarkan terbengkalai manakala 20 yang separuh siap terbiar dengan
dengan semak samun.

Bekas Ketua Umno cawangan Labu Jaya,
Norman Mohd Nor, 66, berkata, dia sedih melihat keadaan itu kerana
504 bekas peneroka kampung terbabit dikenalinya.
“Lebih menyedihkan, ada antara
penduduk kini bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menampung
hidup dan ada yang bergelap dalam rumah mewah itu kerana tidak mampu
membayar bil elektrik,” katanya.

Menurut Norman, ketika mendapat ‘durian
runtuh’ pada 1997, penduduk Kampung LBJ bagaikan menerima limpahan
emas berikutan pembinaan Litar F1 Sepang terletak hanya lima
kilometer dari situ dan pusat pentadbiran negara, Putrajaya kira-kira
32 kilometer menyebabkan tanah peneroka menjadi rebutan.

Katanya, faktor lokasi menyebabkan
kawasan itu amat berdaya maju untuk projek komersial seperti industri
atau perumahan.

“Kami menjual tanah tetapi akhirnya
ada yang menjadi ‘jutawan fakir’ dalam masa beberapa tahun”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BekasjutawanLBJtakmampubayarbilapi_air/Article/index_html
 

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr
Rosli Yaakob mengingatkan agar pihak peneroka Felda tidak ghairah
apabila diumumkan agensi itu akan disenarai di bursa saham sebaliknya
mengambil iktibar nasib peneroka-peneroka di Felda Sendayan dan Felda
Labu di Negeri Sembilan setelah terlepas ke pihak lain.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri
Sembilan itu, sebaliknya mengingatkan bahawa tanah merupakan sumber
ekonomi mereka dan tidak sepatutnya dibiarkan memasuki perniagaan
berisiko yang mungkin boleh terlepas kepada orang luar.

“Lihat apa jadi dengan
peneroka-peneroka Felda Labu dan Sendayan yang pada satu ketika
begitu ghairah untuk menjadi jutawan lalu tanah mereka dijual,
bagaimana dengan nasib mereka?

“Ada yang menjadi kuli, ada yang
terpaksa jadi pemandu teksi dan sebagainya jadi biarlah pelihara
tanah Felda yang selama ini menjadi tempat orang-orang melayu
bergantung hidup jadi apa perlunya dicagarkan untuk bermain saham.

“Tak wajar tanah Felda menjadi
pertaruhan kerana tanah adalah sumber ekonomi kalau tergadai kepada
kapitalis pemain saham yang rakus, yang biasanya menguasai sehingga
30%. Berapa banyak tanah-tanah yang telah tergadai sebab sesiapa saja
boleh beli, “ jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika
berceramah pada program pelancaran ‘Gerakan Selamatkan Felda’
peringkat kebangsaan di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka, malam
tadi.

Kira-kira 6,000 hadir mendengar program
yang diadakan bagi memberi penerangan dan risiko kepada warga Felda
mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam
Bursa Saham Malaysia sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak ketika membentang Bajet 2012 pada 7 Oktober
lalu.

Dr Rosli berkata, jangan ingat semua
projek kerajaan boleh berjaya walaupun diberi jaminan. Tambahnya ini
terbukti dengan projek lembu NFC yang sedang hangat dibicarakan
sekarang, yang konon pada mulanya mahu jadikan Gemas sebagai ‘beef
valley’ atau lembah lembu.

“Di Negeri Sembilan saja berapa
banyak projek kerajaan yang gagal antaranya projek tebu di Ayer
Hitam, gagal. Pada Masa (Tan Sri) Isa Samad juga ada projek yang
gagal iaitu ladang babi terbesar di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan
tetapi gagal membawa keuntungan bahkan hanya meninggalkan penyakit
Japanese Encephalitis (JE) sahaja,” katanya.

Justeru Dr Rosli mahu semua warga Felda
bersatu dengan apa cara sekalipun menghalang Felda daripada
disenaraikan di bursa saham walaupun dijanjikan dengan durian runtuh.

Beliau khuatir, apa yang sedang
diusahakan pihak tertentu pada masa ini hanyalah sebagai jalan untuk
mengalirkan wang ke dalam poket kroni mereka sahaja.

Sementara itu Razman Zakaria yang
berceramah sebelum itu, memberitahu perniagaan di bursa saham
mempunyai risiko yang tinggi sehingga boleh menyebabkan tergadai.

“Jangan pelik jika mula-mula
penyenaraian harga begitu tinggi tetapi akhirnya Felda bukan lagi
menjadi milik rakyat tempatan kerana semua ini dengan ketiadaan
pengetahuan dalam permainan saham, harga boleh dipermain sebagai mana
berlaku ketika kegawatan ekonomi 1998.

“Saya bagi contoh ada saham sebuah
syarikat iaitu Hwa Tai dulu di bursa saham pernah mencecah sehingga
RM80 seunit tapi sekarang tak sampai RM2. Jadi itulah realiti
permainan saham,” katanya.

Razman yang juga Timbalan Pesuruhjaya
PAS Perak berkata, tugas Felda sepatutnya menjana keseluruhan hasil
nilai komoditi daripada 2 juta ekar tanah dan wang itulah sepatutnya
menjadi “durian runtuh” untuk peneroka, bukannya dengan bermain
saham.

“Tapi RM6 bilion wang tunai yang
pernah dimiliki Felda dulu mana pergi?” soalnya.

Beliau menarik perhatian, kalau
kerajaan berniaga yang terjadi ialah luputnya aset awam Bank
Bumiputera dan MISC Perkapalan.

“Sebab itu, pada saya kalau Felda
tidak dipertahankan daripada penyenaraian, boleh tergadai. Akhirnya
jadilah seperti dalam filem Ali Baba Bujang lapok. Ibrahim Pendek
lempar dadu sambil berkata mari kita tengok siapa yang kena...

“Akhirnya orang akan kata, lagi-lagi
peneroka yang kena...” sambil disambut gelak ketawa.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6970-orang-akan-kata-lagi-lagi-peneroka-yang-kena
 

Kirim email ke