Dalam siri ceramah umum saya, saya sering mengetengahkan aspek sejarah di 
Negeri Sembilan agar generasi muda kenal sejarah mereka dan menghargai 
pejuang-pejuang awal sejak negeri ini dibuka pada awal tahun 1500an. Sejarah 
itu akan berulang. Mahkamah kangaroo telah wujud di Tanah Melayu iaitu pada 
tahun 1883 di Rembau.

Dalam Jurnal Warisan yang dikeluarkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia cawangan 
N.Sembilan tahun 2000, menyebut iaitu pada 30 Mac 1883 Datuk Lela Maharaja 
(Undang Rembau pada ketika itu) dipecat Inggeris selepas dibicarakan dalam 
‘mahkamah kangaroo’ dengan Sir Frederick Weld, Gabenor Negeri-negeri Selat 
sebagai ‘hakim’ di Melaka. 

Dalam Jurnal yang sama juga menyebut : Menurut Khoo Kay Kim , Negeri Sembilan 
sepatutnya bernama Rembau. 

Mahkamah kangaroo serta perpecahan di kalangan orang Melayu telah wujud sejak 
dulu lagi bukan zaman kita sekarang ini sahaja, lebih-lebih lagi apabila kita 
menghadapi pilihanraya. 

Jurnal tadi juga menyebut konflik dalaman dan peperangan ketika itu berlaku 
akibat semangat baru yang ditanamkan adalah tamak, rasuah dan mata duitan.

Dari muka surat 103 Jurnal di bawah ini : 

Konsep dan semangat yang diperingatkan oleh perbilangan di atas ini telah 
dirobohkan atas kesilapan pembesar Rembau sudi melantik Syed Shaaban, seorang 
'bukan orang adat'. Beliau dilantik menjadi Yamtuan Muda Rembau ke 3 dalam 
tahun 1832, di mana beliau merupakan orang yang telah menjualkan kerajaan 
Naning (sekutu kerajaan Rembau) kepada Inggeris dengan harga 500 ringgit 
Sepanyol. 

Syed Shaaban telah merubah cara hidup pembesar Rembau dengan memperkenalkan 
amalan negatif yang bertentangan dengan nilai dan semangat hidup Adat Perpatih. 

Nilai-nilai dan semangat baru yang ditanamkan adalah tamak, rasuah dan mata 
duitan. Akibat perubahan nilai komunalistik kepada individualistik dan 
materialistik yang diperkuatkan dengan pengenalan sistem mata wang maka berlaku 
konflik dalaman dan perang saudara digunakan semaksimanya oleh Inggeirs untuk 
menumbangkan dan memalukan kerajaan Rembau.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Untuk melihat keratan dan sumber Jurnal tersebut sila ke 
http://waghih.blogspot.com/2012/02/nsembilan-sepatutnya-bernama-rembau.html 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke