Perniagaan Pertukaran Asing (FOREX) Haram
15 February 15, 2012

KOTA BAHARU – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari 
ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan 
sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul 
Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang 
dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti 
itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan 
keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati 
perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing 
melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah 
dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 
memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada 
mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” 
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan 
mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan 
mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu 
umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan 
pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet 
di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang 
asing, seperti melalui pengurup wang atau dari 
bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak 
menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai 
dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam 
membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui 
Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang 
dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa 
berkenaan berpuas hati dengan kaedah 
pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan 
oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah 
pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati 
setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu 
ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.” – BERNAMA



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke