Aduan Rakyat.COM 16 Feb 2012 - Saya adalah graduan B.Ed(Hons) TESL dari UiTM 
S.Alam 2004. Sehingga sekarang saya masih tidak mendapat penempatan. Saya telah 
banyak kali telah menghubungi pihak Kementerian, berhubung masalah saya tetapi 
kecewa dengan sikap para pekerja yang hanya melepaskan tangan. 
 
Panggilan telefon saya disambung ke bahagian demi bahagian dan akhirnya saya 
dapat bercakap dengan salah seorang pagawai. Pegawai tersebut meminta butir2 
diri saya untuk disemak. Kemudian pegawai tersebut menyatakan nama saya telah 
tercicir, menyebabkan tiada penempatan buat saya.
 
( Nota : Bila dah habis baca luahan ini sila baca artikel 1Malaysia, Guru 
Amerika Diutamakan, Guru Tempatan Dipinggirkan di 
http://amkns.blogspot.com/2011/11/1malaysia-guru-amerika-diutamakan-guru.html )
 
Saya telah diminta untuk membuat surat rayuan. Saya menghantar surat rayuan dan 
telah mendapat maklum balas menyatakan surat saya telah diterima dan akan 
diproses. 
 
Setelah itu, saya dipanggil untuk temuduga. Saya keliru, kenapa saya perlu 
melalui proses sebegitu memandangkan di dalam kontrak jelas bahawa saya akan 
ditempatkan untuk mengajar sebaik sahaja tamat belajar di universiti. Saya 
bersabar dan hanya mengikut ‘protokol’ yang ditetapkan.
 
Namun, setelah melalui proses yang disifatkan ‘tak relevan’ itu, saya tidak 
juga mendapat sebarang maklumbalas. Saya yang terpaksa mencari sesuap nasi 
terpaksa bekerja dengan syarikat swasta dengan jawatan yang tidak seberapa. 
 
Saya telah menjadi pensyarah di kolej swasta tempatan, namun masih dibelenggu 
persoalan tentang nasib saya di Kementerian. Saya malah telah pergi berjumpa 
dengan pegawai di kementerian Putrajaya untuk menjelaskan kedudukan saya. Saya 
diminta menyerahkan dokumen2 untuk ‘tindakan lanjut’ namun masih menemui jalan 
buntu.
 
Saya terikat dengan waktu kerja dan saya tidak mampu untuk memperuntukkan 
terlalu banyak masa untuk berulang alik ke kementerian kerana setiap jawapan 
yang saya dapat hanya lah mengecewakan dan saya tidak mahu membuang masa,tenaga 
dan wang. 
 
Saya meneruskan perkhidmatan di kolej swasta kerana saya terpaksa menanggung 
adik2 saya yang masih belajar serta ayah saya yang sakit.
 
Yang menjadi persoalan sekarang ialah, sudah lebih kurang 8 tahun saya tidak 
dapat menikmati kelebihan2 sebagai staf kerajaan, dan terpaksa menanggung hidup 
yang sukar. 
 
Tetapi pada awal tahun 2011, ketika saya berkhidmat sebagai guru ganti di 
sebuah sekolah di Melaka, tiba2 saya didatangi surat menyatakan saya telah 
melanggar kontrak dan diminta untuk membayar balik rm52,000.00 atas sebab 
tersebut. 
 
Saya begitu terkejut dan sedih dengan surat tersebut. Saya akhirnya menghubungi 
pegawai tersebut (tahun 2011) dan diminta untuk menghantar surat tunjuk sebab. 
Saya tertekan kerana saya seolah-olah melanggar peraturan. Saya menghantar 
surat tersebut. 
 
Setelah beberapa minggu, saya hadir sendiri dan berjumpa dengan pegawai KPM dan 
dimaklumkan bahawa saya diberi pelepasan berkhidmat dan juga tidak perlu 
membayar rm52 ribu. Saya pernah meminta pelepasan dari berkhidmat dan 
pengecualian dari membuat pembayaran tersebut tetapi masih berasakan saya telah 
menanggung rugi dan tekanan hidup.
 
Lapan tahun adalah satu jangkamasa yang terlalu lama untuk saya. Saya berasa 
terpinggir, sedangkan ramai lagi yang diserapkan untuk menjadi guru dengan 
jalan mudah, selain menambil tenaga pengajar dari luar untuk Bahasa Inggeris, 
padahal saya lebih berhak. 
 
Pihak KPM seolah-olah tidak memahami kesulitan saya. Sehingga sekarang sukar 
untuk saya menerima hakikat nasib diri yang tidak menentu penangan dari 
‘kesilapan teknikal’ pihak berwajib.
 
Jika dihitung, saya sepatutnya telah pun menjadi guru senior sekarang dan 
sedang menikmati kelebihan2 sebagai staf kerajaan, dan mungkin telah dapat 
mengajar di negeri yang saya pohon. Saya harap pihak tuan dapat membantu saya 
mendapatkan gaji dan penempatan yang setimpal dengan kerugian yang saya alami 
setelah sekian lama. 
 
Sekiranya saya diperlukan untuk berkhidmat sebagai guru, saya harap saya tidak 
akan dikategorikan sebagai ‘guru baru’ yang mana saya perlu bermula dari bawah, 
dengan gaji permulaan. Saya telah menimba pengalaman sebagai pensyarah dan saya 
berbesar hati sekiranya saya ditawarkan jawatan yang setaraf dengan pengalaman 
saya, tetapi KPM menolak hasrat saya.
 
Alasan untuk ‘kes akan dipanjangkan’ atau ‘perlu tunggu mesyuarat’ benar2 
memberi saya tempoh yang sukar, kerana saya sudah hidup susah selama LAPAN 
tahun. Saya sudah tidak tahu bagaimana dan pada siapa lagi harus saya mengadu. 
 
Sudah banyak kali rakan2 bahkan pihak PPD sendiri menasihatkan saya untuk 
mendedahkan isu ini kepada pihak media,namun saya tidak berbuat demikian,kerana 
ingin menjaga nama baik KPM. Saya ingin membuat tuntutan gantirugi tetapi takut 
kerana ini adalah badan kerajaan.
 
By: Zuraila
http://www.aduanrakyat.com.my/graduan-tesl-tajaan-kpm-tiada-penempatan-setelah-lapan-tahun
 

Kirim email ke