Seperti biasa apabila saya beli kuih untuk sarapan pagi di gerai kaki lima di 
Senawang saya akan menyapa peniaga yang merupakan seorang pemuda. Adik kepada 
pemuda ini merupakan seorang pelumba untuk satu kelab berjenama dalam Kejohanan 
Lumba Motosikal Cup Prix jelajah Malaysia yang kebetulan ada di gerai tersebut.

Saya tanya bila mula kejohanan tahun ni. Pelumba muda tadi yang saya rasa 
umurnya dalam 19 tahun berkata, bulan Mac ini di Pulau Pinang. 

Saya tanya lagi, bila pula nak ada kejohanan cub prix di N.Sembilan. Pelumba 
muda tadi kata, Menteri Besar N.Sembilan kata N.Sembilan tak ada tempat atau 
jalan untuk buat cub prix (Sejauh mana kebenaran dakwaan pelumba tadi saya tak 
pasti).

Saya kata bukan ke sebelum ni Negeri Sembilan ada buat racing cub prix di 
tengah bandar Seremban dan di Port Dickson. Pelumba muda tadi kata MB sibuk 
jaga bolasepak saja (Sekali lagi, sejauh mana kebenaran dakwaan pelumba tadi 
saya tak pasti).

Ini adalah persepsi atau luahan seorang anak muda, pelumba muda yang selama ini 
kita panggil Mat Rempit yang harus diberi perhatian oleh semua pihak. Pelumba 
muda ini saya perhatikan bukan jenis yang suka membuang masa sesuka hati. Pagi 
tolong ibunya jual kuih, malam dia sendiri jual burger.

Dalam fikiran saya, bukankah bandar Seremban , malam minggu jadi medan lumba 
kereta dan motosikal, di tengah bandar Seremban , depan Parkson, A&W dan stesen 
komuter. Susah-susah kita anjur saja kejohanan cub prix waktu malam.

Sebelum racing bermula kita selitkan sikit peringatan dari pendakwah yang 
kontemporari seperti Ustaz Azhar Idrus ke atau berkongsi pengalaman dengan 
artis yang seronok dengan Islam seperti Penyanyi Dangdut Iwan Shahman ke, 
pemain gitar Sham Kamikaze ke.

Lepas tu biarkan anak muda ini hentam racing keliling bandar Seremban secara 
halal.

Mungkin pejabat MB boleh beri kenyataan mengenai perkara ini agar persepsi anak 
muda lebih-lebih lagi para Mat Rempit lebih jelas dalam isu ini. 

Untuk makluman anak muda tadi adalah pelumba Top 10 dalam kejohanan Cub Prix.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke