Sebuah papantanda dalam DUN Chembong di Km 9,  Jalan Pedas – Linggi menimbulkan 
pelbagai persoalan dari maklumat yang diterima pada 18 Februari 2012. 
Papantanda tersebut tertera dengan jelas tulisan TAPAK MESJID BARU , KARIAH 
KUNDOR ULU , PEDAS 71400 N.S.D.K. Apa yang pasti tapak tersebut kini telah 
dipenuhi dengan pokok hutan dan semak samun. 
 
Lokasi Tapak Masjid ini juga terletak di hadapan Tapak Semaian Pokok Jarak 
BIONAS.
 
Bersebelahan BIONAS ini pula terdapat sebuah kawasan luas yang terdapat 
beberapa bangunan seumpama kompleks yang pembinaannya diperhatikan agak lama 
terbiar tanpa sebarang papantanda yang kelihatan. 
 
Gambar papantanda, BIONAS dan Kompleks terbiar tersebut di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/persoalan-pembinaan-masjid-kundur-hulu.html
 

Kirim email ke