Mohon jgn kaitkan perkara personal dlm perkara profesional.

Insyallah sampai masanya parasit, pencacai  dan pelesit politik akn luput dgn 
perubahan yg akn berlaku dan dinanti2. Sabarlah. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: badiuzzaman <[email protected]>
Sender: [email protected]
Date: Tue, 21 Feb 2012 19:47:31 
To: Forum Islah-Net<[email protected]>
Subject: Re: [Islah-Net] Kalau kaki kencing manis, tidak potong 
  merugikan

  
 
 
 
 
 Yang sepatutnya dipotong adalah parasit dari Shah Alam bukan Dr.Hasan Ali.

 Ini tidak..kaki lain yang busuk, kaki lain pula yang dipotong. 

 Maszlee oh Maszlee...walaupun awak juga dah bergelar Dr. hari ini cara awak 
berfikir masih sama macam yang saya kenal masa kita sama-sama  belajar di KUSZA 
dahulu!!

 
 
The Right to Lead

 Do you think you have earned the right to lead?

 Do you display the qualities that others feel compelled to follow?

 In The Right to Lead, you'll read about people who have earned the right to 
lead others. They display the key qualities that made them worthy of followers: 
action, vision, sacrifice, risk, determination, service and integrity.

 An excerpt from The Right to Lead by John Maxwell:

 What Gives a Man or Woman the Right to Lead?

 It certainly isn't gained by election or appointment. Having position, title, 
rank or degrees doesn't qualify anyone to lead other people. And the ability 
doesn't come automatically from age or experience, either.

 No, it would be accurate to say that no one can be given the right to lead. 
The right to lead can only be earned. And that takes time.

 The Kind of Leader Others Want to Follow

 The key to becoming an effective leader is not to focus on making other people 
follow, but on making yourself the kind of person they want to follow. You must 
become someone others can trust to take them where they want to go.

 As you prepare yourself to become a better leader, use the following 
guidelines to help you grow:

 1. Let go of your ego.

 The truly great leaders are not in leadership for personal gain. They lead in 
order to serve other people. Perhaps that is why Lawrence D. Bell remarked, 
"Show me a man who cannot bother to do little things, and I'll show you a man 
who cannot be trusted to do big things."

 2. Become a good follower first.

 Rare is the effective leader who didn't learn to become a good follower first. 
That is why a leadership institution such as the United States Military Academy 
teaches its officers to become effective followers first­and why West Point has 
produced more leaders than the Harvard Business School.

 3. Build positive relationships.

 Leadership is influence, nothing more, nothing less. That means it is by 
nature relational. Today's generation of leaders seem particularly aware of 
this because title and position mean so little to them. They know intuitively 
that people go along with people they get along with.

 4. Work with excellence.

 No one respects and follows mediocrity. Leaders who earn the right to lead 
give their all to what they do. They bring into play not only their skills and 
talents, but also great passion and hard work. They perform on the highest 
level of which they are capable.

 5. Rely on discipline, not emotion.

 Leadership is often easy during the good times. It's when everything seems to 
be against you­when you're out of energy, and you don't want to lead­that you 
earn your place as a leader. During every season of life, leaders face crucial 
moments when they must choose between gearing up or giving up. To make it 
through those times, rely on the rock of discipline, not the shifting sand of 
emotion.

 6. Make added value your goal.

 When you look at the leaders whose names are revered long after they have 
finished leading, you find that they were men and women who helped people to 
live better lives and reach their potential. That is the highest calling of 
leadership­and its highest value.

 7. Give your power away.

 One of the ironies of leadership is that you become a better leader by sharing 
whatever power you have, not by saving it all for yourself. You're meant to be 
a river, not a reservoir. If you use your power to empower others, your 
leadership will extend far beyond your grasp.

 
~~~

 In The Right to Lead, you will hear from and read about people who have done 
these same things and earned the right to lead others. Because of the courage 
they found and the character they displayed, other people recognized their 
admirable qualities and felt compelled to follow them.

 The followers who looked to these leaders learned from them, and so can we. As 
you explore their worlds and words, remember that it takes time to become 
worthy of followers. Leadership isn't learned or earned in moment.

 

 

 At 10/2/2012 10:45 PM, Omar Yaakob  wrote:

 
 Disertakan Pandangan yang lebih adil dan rasional
 -----------------------------------------
  
http://malaysiaharmoni.com/v2/index.php/pandangan/1478-surat-terbuka-kepada-dato-dr-hasan-ali
 
<http://malaysiaharmoni.com/v2/index.php/pandangan/1478-surat-terbuka-kepada-dato-dr-hasan-ali>
 
 Surat Terbuka Kepada Dato' Dr Hasan Ali

 Assalamualaykom w.b.t.

 YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,

 Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato 
merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap 
menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya 
mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, 
sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun 
kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit 
pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan 
keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti 
Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga 
lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, 
maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

 Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan 
juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini 
kepada Dato’ untuk menilai beberapa kenyataan Dato’ dari pertimbangan ilmu dan 
kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat 
terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada 
kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli 
politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari 
serangan Dato’. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah 
semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak 
berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.

 Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam 
moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di 
Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti 
Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua 
gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh 
pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana 
Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan 
juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga 
pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

 Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan 
gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan 
apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana 
moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi 
memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan 
majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi 
menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia 
dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah 
Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di 
Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di 
dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, 
tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana 
keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya 
oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji 
di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan 
prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism 
(pasca-Islamisme).

 Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan 
makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak 
pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, 
apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan 
gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas 
dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di 
Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi 
gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid 
al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek 
moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah 
melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak 
ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus 
melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan 
Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga 
pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

 Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang 
demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara 
sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, 
hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat 
yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, 
pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala 
lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya 
melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus 
perubahan ini. Jika Dato’ merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah 
meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato’ tersilap. Perubahan pada PAS 
bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato’ dakwa, tetapi ianya merupakan 
satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit 
yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam 
di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga 
parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran 
saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid 
Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah 
dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid 
Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada 
gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

 Yakinlah Dato’, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan 
majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan 
baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh 
UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti 
masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal 
sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu 
PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS 
dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong 
tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah 
niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato’ pula yang mula 
bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. 
Lebih malang lagi kini Dato’ menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS 
kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong 
oleh pihak UMNO dan BN.

 Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato’ 
lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi 
hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara 
mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal 
berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui 
pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman 
Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh 
hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato’ ketahui, wacana baru gerakan Islam 
moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr 
Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan 
kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

 Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, 
setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan 
manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS 
ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya 
berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS 
di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul 
sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip 
konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut 
dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma 
bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. 
Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan 
yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan 
Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam 
kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut 
positif oleh Dato’, malah dipandang sinis.

 Melihat kepada isu hudud yang Dato’ anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya 
kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat 
PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu 
kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang 
terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk 
meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang 
patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang 
‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas 
orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka 
bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah 
Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia 
mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya 
kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya 
meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

 Akhirkata, jika Dato’ benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi 
gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya 
mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato’ lakukan berdasarkan kekuatan yang ada 
pada diri Dato’. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya 
bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato’ untuk 
turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang 
rakan-rakan Dato’ miliki. Mungkin juga Dato’ boleh menggunakan kemahiran 
tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja 
berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa 
sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato’ sibuk dengan tugas exco, kini Dato’ 
lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato’ yang ingin menjaga 
aqidah itu. Saya kira Dato’ juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat 
Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock 
Café tidak akan menghalang kerja murni Dato’ itu. Saya yakin 10,000 atau lebih 
orang yang turut berHIMPUN bersama Dato’ untuk menyelamatkan aqidah umat Islam 
boleh Dato’ kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi 
menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika 
Dato’ berdakwah seperti itu, Dato’ akan tetap dikenang kawan ataupun lawan 
sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

 Dr Maszlee Malik
 Ahli Akademik Politik Warga UIAM

 
 
 

Kirim email ke