Kes di bawah yang berlaku pada 21 Feb 2012 dimana seorang anak yang sakit 
mental menetak ibu kandungnya sendiri hingga mati bukanlah yang pertama dan 
terakhir di Malaysia. Ianya akan semakin hari makin kritikal kerana 12 peratus 
atau 3.4 juta rakyat Malaysia kini sakit mental, dengan 50,000 kes cuba bunuh 
diri setahun. 

Laporan terkini 12 peratus rakyat Malaysia berhadapan pelbagai jenis penyakit 
mental di 
http://waghih.blogspot.com/2012/02/kini-12-peratus-rakyat-malaysia-sakit.html 

Anak sakit mental tetak ibu hingga mati
21 Feb 2012

SUNGAI PETANI: Seorang warga emas maut dipercayai akibat ditetak anak lelakinya 
dengan sebilah parang dalam kejadian di rumahnya di Kampung Padang Buluh, Sidam 
Kiri dekat sini tengah hari Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata dalam 
kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa A'inshon Abdul Rahman ,60, 
dipercayai ditetak suspek berumur 26 tahun pada bahagian belakang kepala dan 
meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata ketika kejadian, tiada orang lain di rumah berkenaan melainkan 
mangsa dan suspek sahaja.

Katanya pihaknya berjaya menahan suspek kira-kira dua kilometer dari rumah 
berkenaan.

"Polis telah menemui senjata tajam yang dipercayai digunakan iaitu golok 
(parang) perak di rumah berkenaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Zakaria berkata siasatan awal polis mendapati suspek merupakan penagih 
dadah dan turut mengalami sedikit masalah mental yang memerlukannya mengambil 
ubat-ubatan termasuk ubat penenang secara berkala.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun 
Keseksaan kerana membunuh, katanya.

"Setakat ini kami belum masih menemu bual suspek sebab apa tetak mak dia, sama 
ada berlaku pertengkaran nak duit atau sebaliknya kita tidak tahu, semuanya 
masih dalam proses siasatan," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu, jiran mangsa Maznan Omar, 48, berkata dia pergi ke tempat 
kejadian setelah dimaklumkan adik lelakinya yang kebetulan melalui rumah mangsa 
bahawa dia melihat mangsa berada dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah 
di bahagian dapur.

"Semasa saya sampai di rumah mangsa, saya tengok mangsa telah meninggal dunia 
dan anak lelaki dia pun tak ada. Saya lihat ada ikan dan sayur-sayuran, mungkin 
mangsa pada waktu itu nak masak makan tengah hari. Selepas itu, saya pergi ke 
balai polis berhampiran untuk buat laporan polis," katanya.

Seorang lagi jiran, Fazilah Hussein, 27, berkata dia tidak mendengar sebarang 
bunyi bising yang menunjukkan berlaku pertengkaran dari rumah mangsa.

Katanya mangsa merupakan nenek saudaranya dan sebelum kejadian itu, mangsa 
telah pergi menoreh getah.

"Hanya tinggal mereka berdua sahaja di rumah memandangkan adik-beradik lain 
tinggal berasingan dan anak lelakinya ini merupakan anak bongsu daripada enam 
adik-beradik. Kami susah nak nampak anak dia ini sebab suka duduk dalam bilik 
sahaja," katanya. BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/2/21/mstar_jenayah/20120221193838&sec=mstar_jenayah
 


Pemuda sakit mental bunuh datuk, nenek, bapa, adik 
3 Sep 2010 SEREMBAN: Hari terakhir perbicaraan semalam menyaksikan seorang 
pakar psikiatri Hospital Permai, Johor Bahru, memberitahu Mahkamah Tinggi di 
sini, Rasidi Ismail, 32, dituduh membunuh empat ahli keluarganya di Gemencheh, 
Tampin, awal Januari lalu, disahkan menghidap sakit jiwa akibat mengalami 
delusi dan halusinasi sejak beberapa tahun lalu.
http://waghih.blogspot.com/2010/09/gejala-sakit-mental-sama-parah-gejala.html 

Datuk maut diserang cucu sendiri 
15 Jan 2011 JEMPOL: Saya hanya mampu memangku tubuh suami yang berlumuran darah 
sebelum dia menghembuskan nafas terakhir beberapa minit kemudian, kata seorang 
wanita warga emas menceritakan detik terakhir bersama suaminya yang mati 
dipercayai selepas diserang cucu mereka sendiri bersama tiga remaja lain di 
Jempol, malam kelmarin.
http://waghih.blogspot.com/2011/01/datuk-maut-diserang-cucu-sendiri-di.html 

Lelaki mengamuk, nenek cedera
TELUK INTAN 20 Dis. 2011 – 
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, warga emas, Hasipah Ngah Kassim dicekik, 
diheret dan dipijak sebelum kepalanya dipukul serta dihantukkan ke dinding oleh 
lelaki dipercayai kurang siuman yang tiba-tiba memasuki rumahnya.
http://waghih.blogspot.com/2011/12/malaysia-amat-perlukan-lebih-banyak.html  



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke