APA PENDIRIAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS?
Syukri Shaari dan Fazrina Ayu Raduian, [email protected]

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim 
menggesa Majlis Syura Ulama Pas menjelaskan pendiriannya berhubung 
tindakan parti itu yang terus menyokong dan memberi kerjasama kepada 
Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana katanya, tindakan parti itu menyokong Anwar yang secara 
terang-terangan menyokong Israel, boleh dianggap sebagai bersubahat.

"Saya menggesa Majlis Syura Ulama Pas supaya menyatakan pendirian 
dalam hal ini kerana Anwar tidak melakukan dua perkara yang telah 
diputuskan oleh majlis tersebut untuk membuktikan bahawa beliau tidak 
menyokong Israel.

"Selain itu, saya juga mahu tahu pendirian majlis tersebut sama ada 
parti itu dianggap sebagai bersubahat kerana menyokong kenyataan 
Anwar seperti yang dikeluarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ)," 
katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang tidak akan menyaman WSJ berhubung 
kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel 
sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura 
Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian 
jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 
mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam 
semalam, Anwar berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut 
menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi 
oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.

Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini sebulat suara memberi kata dua 
kepada Anwar supaya menarik balik kenyataan menyokong keselamatan 
Israel dan menyaman WSJ bagi membuktikan bahawa beliau tidak 
menyokong negara berkenaan.

Dalam pada itu, Razali turut mempertikaikan tindakan Anwar yang hanya 
memberi penjelasan kepada Nik Aziz sahaja.

Sedangkan, katanya, Anwar sepatutnya memberi penjelasan tersebut 
kepada Majlis Syura Ulama dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi 
Awang kerana ia membabitkan kepentingan ummah.

Sementara itu, berhubung dakwaan bahawa syarikat Malaysia mempunyai 
hubungan perdagangan dengan Israel, Razali menyifatkannya sebagai 
strategi pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

"Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dan mengiktiraf negara 
tersebut apatah lagi mempertahankan keselamatan negara itu.

Ini merupakan perkara yang berbeza serta sengaja dibangkitkan untuk 
mengalih pandangan, mengelirukan dan bertujuan mendapatkan sokongan 
rakyat. Kita tidak perlu menyokong pihak yang melakukan kesalahan 
kerana kita mempunyai pilihan, menolak atau bersubahat," jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke