Pegawai Daerah Diarah Segerakan Bantuan BR1M. 
22 Feb 2012 - Berkuatkuasa serta merta  semua pegawai daerah di Pahang diarah 
menyampaikan Bantuan Rakyat Satu Malaysia meskipun tanpa kehadiran orang 
kenamaan.

Arahan itu bagi memastikan urusan bantuan BR1Malaysia dapat dijalankan dengan 
cepat, sekaligus mengelak rakyat menunggu lama.

Datuk Seri Muhammad Safian Ismail - Setiausaha Kerajaan Negeri berkata : “Saya 
telapun beri arahan kpd pegawai2 daerah kalau sekiranya ahli parlimen tak dpt 
hadir kita bagi juga.... dengan sendiri.”

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuantan.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengarahkan kerajaan 
negeri mempercepatkan urusan pemberian BR1Malaysia  sekaligus menyebabkan 
rakyat menunggu terlalu lama.

Arahan itu dikeluarkan dalam mesyuarat bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri 
di Putrajaya, semalam.

Dan bagi mengelak kejadian itu berulang, proses pemberian bantuan BR1M akan 
dihadkan kepada 300 orang berbanding lebih seribu orang sebelum ini bagi satu 
seisi.

http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Pegawai_Daerah_Diarah_Segerakan_Bantuan_BR1M.html
 

Luahan penyokong kerajaan isu bantuan RM500 BR1M 
12 Feb 2012 

Entah kenapa kenalan saya yang boleh dikatakan penyokong kuat kerajaan yang 
juga merupakan kakitangan kerajaan mengadu kepada saya mengenai masalah yang 
dihadapi oleh beliau serta kakitangan yang lain dalam isu agihan bantuan RM500 
BR1M. Dia mengeluh entah bila proses agihan BR1M ni nak selesai. Lepas tu pula 
PM umum boleh buat rayuan, mereka pun terpaksalah terima permohonan rayuan. 
Yang jadi mangsa sekarang ni kakitangan dan pejabat kerajaan yang uruskan 
proses permohonan dan agihan BR1M ini. Pejabatnya yang sepatutnya banyak urusan 
lain perlu buat, dah jadi tempat orang mengadu pasal isu BR1M. BR1M jadi isu 
utama di pejabat tersebut ketika ini.

Kesian pula saya dengar keluhan pegawai kerajaan tadi yang merupakan penyokong 
kuat kerajaan. Dah tu pula katanya nak agihkan BR1M ni satu hal, bukan boleh 
main agih sahaja. Perlu buat acara rasmi, sediakan kemudahan untuk orang datang 
ambil, kemudian aturkan pula orang politik khususnya wakil rakyat untuk berucap 
dan agihkan kepada penerima.

Katanya lagi itu belum lagi masuk kes ada yang dapat RM500 ni dua kali kerana 
sistem agihan baucer BR1M adalah secara manual dari senarai nama yang dicetak 
dari komputer. Saya kata agihan sepatutnya ditulis cek melalui komputer , 
barulah komputer hanya akan cetak 1 cek sahaja untuk seorang penerima. 
Sedangkan baucer RM500 ditulis secara manual.

Saya kata pada dia, memang masa satu dua bulan tak cukup dan tak masuk akal nak 
proses BR1M ini. Saya katakan pada dia , perlu masa setahun baru boleh agihkan 
dengan sempurna dan menyeluruh. 

Bayangkanlah kita ada sekurang-kurangnya 3.4 juta isi rumah yang layak dapat 
BR1M ini. Kira punya kira, bermakna kalau proses dalam masa 1 bulan , bermakna 
setiap negeri perlu proses 1413 borang setiap jam. Itu baru nak proses, belum 
lagi dapat nak sahkan, dengan silap tulis namanya, ada yang isi borang 2 3 
kali, di bandar isi borang, balik kampung isi lagi borang.

Memang haru biru. 

Nampaknya ceramah saya malam nanti saya perlu perjelaskan kepada orang kampung 
supaya bersabar dalam agihan RM500 ni, kesian saudara mara dan sahabat kita di 
pejabat kerajaan yang tertekan sekarang ini dalam isu BR1M ini, tak kiralah 
mereka ni penyokong kerajaan sedia ada atau tidak. 

Harap-harap pemimpin kerajaan dapatlah beri gambaran sebenar isu agihan BR1M 
ini agar tidak memberi tekanan kerja yang melampau terhadap kakitangan kerajaan 
terutamanya penyokong mereka sendiri.

http://waghih.blogspot.com/2012/02/luahan-penyokong-kerajaan-isu-bantuan.html 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke