Terdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya dari 
Myanmar yang berdaftar dengan PBB di Malaysia. Disebabkan status mereka ini 
sebagai pelarian tanpa negara mereka tidak boleh bekerja secara sah di 
Malaysia, tidak boleh belajar di sekolah Kementerian Pelajaran, tidak boleh 
menerima zakat dari Majlis Agama Islam di Malaysia (sila betulkan kenyataan ini 
jika salah).

Yang peliknya boleh pula sebuah universiti swasta iaitu HELP University 
membantu pelarian Myanmar ini belajar di Malaysia untuk memahirkan pelarian ini 
dalam Bahasa Inggeris dan kemahiran vokasional agar mereka boleh menyesuaikan 
diri apabila dihantar ke negara ketiga kelak?

Apakah Majlis Agama Islam Negeri , JAKIM , Kementerian Pelajaran dan sebagainya 
tidak boleh membantu Pelarian Islam Rohingya yang berada di Malaysia , hanya 
mengharapkan bantuan individu dan NGO, juga universiti swasta HELP University? 

Macamana kita hendak perjuangkan isu Palestin serta membela nasib pelarian 
Palestin, jika nasib pelarian Rohingya yang berada di bumi Malaysia pun kita 
tak terbela?

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

************ 
Helping young refugees find work
Many Myanmars have little clothing and even less knowledge of English 
Thursday, February 23, 2012 - 14:16 

DAMANSARA: Many Myanmar refugees who came to Malaysia with only the clothes on 
their backs, no qualifications and a poor grasp of the English language, would 
have felt helpless, until they were introduced to Project Self-Help, the HELP 
University's ongoing vocational education project.

Set up in September, last year, the programme teaches vocational skills to the 
5,000 refugees who had sought asylum in Malaysia under the United Nations High 
Commisioner for Refugees (UNHCR).

HELP International corporate planning executive director Adam Chan said that 
the idea for the programme stemmed from discussions initiated with a UNHCR 
representative in July, last year.

"More than 19,000 refugees of the 95,000 registered in Malaysia are below 18 
with limited education," he told The Malay Mail, adding that more funds would 
be needed. HELP's quarterly intake is between 90 and 150 youths.

A charity concert will be held to raise funds on Friday and Saturday. Call HELP 
corporate communications senior manager Dharshini Ganeson at 012-287 2686 for 
more.
  
http://www.mmail.com.my/story/helping-young-refugees-find-work 

PELARIAN ROHINGYA KRITIKAL, PERLU SUMBANGAN 

Kaum Rohingya merupakan populasi muslim terbesar, sekitar 3.5 juta orang di 
Myanmar yang kebanyakannya tinggal di Rakhine, salah sebuah negeri di Myanmar 
yang berkongsi sempadan dengan Bangladesh.

Mereka menjadi pelarian di Bangladesh, Pakistan, Thailand, Malaysia dan negara 
lain sejak lebih 50 tahun dahulu akibat penindasan dan penganiayaan 
pemerintahan Burma dan penganut Buddha ke atas mereka.

Kepada mereka yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang 
memerlukan ini boleh berbuat demikian melalui akaun Teras iaitu BIMB 
02020010021351.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27304:pelarian-rohingya-kritikal-perlu-sumbangan-teras-&catid=1:utama&Itemid=50
  

Bayangkan kalau kita beada di tempat mereka...Tidak dibenarkan bekerja,belajar 
di sekolah harian kerana status mereka sebagai pelarian...Jadi, apa pilihan 
yang mereka ada?

Rumah Anak Yatim Rohinya di Selayang amat memerlukan bantuan anda. Tanpa 
bantuan kerajaan dan tidak mendaftar kerana mereka adalah pelarian.

Kisah selanjutnya di 
http://waghih.blogspot.com/2009/11/pelarian-islam-tak-layak-dapat-zakat-di.html 
 

Terdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya yang 
berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang 
Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, ia menjadikan pelarian terperangkap dalam beberapa 
situasi seperti tidak mempunyai pekerjaan yang sah selain anak-anak mereka 
tidak diberikan akses kepada pendidikan. Begitu juga tiada kemudahan perubatan 
dan hospital sebagaimana yang dinikmati oleh warganegara.

Natijahnya, terdapat di antara mereka yang terpaksa bekerja sebagai pengemis 
untuk mencari sesuap nasi di samping meningkatnya masalah sosial yang sudah 
tentu akan merugikan semua pihak.

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba 
Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim 
Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982”.



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke