21 Feb 2008 akhbar Utusan Malaysia melaporkan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, 
kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil, sesuai untuk 
digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite untuk kegunaan Kelab 
Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Terkini Ahli Parlimen Rembau YB Khairy 
Jamaluddin berkata bahawa kerajaan negeri tidak pernah berjanji membina 
landasan kapalterbang betul tetapi landasan kapalterbang mainan. Itu adalah apa 
yang dilaporkan dari laman web Pusat Aduan Rakyat Chembong.
 
Baiklah, jika lapangan terbang mainan, nak buat di mana, berapa kosnya, bila 
tender akan dikeluarkan?
 
Dari laman web Pusat Aduan Rakyat Chembong : 
 
Hari ini dekat Pekan Pedas Rembau Negeri Sembilan, berlangsungnya majlis 
penyampaian duit BR1M, dan yang datang menyampaikan sumbangan adalah Ahli 
Parlimen Rembau Khairi Jamaluddin.
 
Di samping itu dalam ceramah Khairi Jamaluddin ada juga beliau sebutkan bahawa 
janji Umno untuk membina lapangan terbang di Rembau telah diputar belitkan 
pembangkang, dimana beliau tidak pernah berjanji untuk membina lapangan terbang 
yang benar di Rembau, sebaliknya beliau hanya berjanji untuk membina lapangan 
terbang permainan untuk kanak-kanak, bukan lapangan terbang sebenar seperti 
yang dijaja pembangkang. 
 
Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
 
Utusan Malaysia 21 Feb 2008
 
Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri 
bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan 
Awam Negeri Sembilan.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah 
pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.
 
“Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang 
jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil 
seperti Cessna atau mikrolite.”
 
“Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ 
nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan,” kata 
beliau di sini semalam.
 
Dari Pusat Aduan Rakyat Chembong 
http://parchembong.blogspot.com/2012/02/janji-lapangan-terbang-oleh-kj-sudah.html
 

Kirim email ke