Kepada anak muda yang berdarah muda, yang terikut-ikutkan dengan slogan Hidup 
Melayu, Hunus Keris dan slogan Takbir , tolong baca apa pesan orang Korea 
mengenai jati diri orang Melayu. Juga kepada anak muda yang minat sangat cerita 
Korea sekarang ini, baca apa orang Korea ini kata mengenai orang Melayu. 

Tolong baca sampai habis adakah pemimpin atasan, Presiden parti, Menteri Besar 
kita dan lain-lain pimpinan Melayu dan Islam cakap serupa bikin. 

(Menurutnya, di Korea, bahasa dan tulisan Korea adalah jati diri mereka. Beliau 
berharap rakyat di negara ini mempelajari tulisan jawi agar khazanah kebudayaan 
nasional itu tidak terus ditelan arus pemodenan.)

Rozmal http://waghih.blogspot.com 

JAWI BAWA KYOUNG SEOK KE MALAYSIA DALAMI JAWI
29 Feb 2012 

SEJAK bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti 
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) empat tahun lalu, Prof. Dr. Kang Kyoung Seok 
mengakui beliau begitu berminat untuk mempelajari tulisan jawi. 

Menurut Kyoung Seok, 57, beliau banyak mendengar pelbagai cerita tentang 
keunikan tulisan jawi daripada salah salah seorang pensyarahnya di Universiti 
Hankook, Korea Selatan.

Pada masa itu, beliau mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang bahasa 
Melayu dan Indonesia di universiti berkenaan pada tahun 1974.

Namun, apa yang meruntun jiwanya apabila pensyarah terbabit tidak mengetahui 
mengenai tulisan jawi secara mendalam.

Malah pada masa itu, beliau juga tidak boleh mencari maklumat mengenai tulisan 
tersebut memandangkan di negaranya tiada bahan rujukan mengenai tulisan jawi.

Namun, rasa ingin tahu itu tidak terhenti di situ sahaja. Pada tahun 1982 
beliau bertemu seorang pendakwah, Abdul Ghani dari Thailand di Pusan. 

Anak jati Seoul, Korea ini mula mengenali huruf-huruf jawi dengan bantuan Abdul 
Ghani. Pada tahun 1984 beliau membuat keputusan berhijrah ke Malaysia untuk 
menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang Pengajian Melayu di 
Universiti Malaya. Bahkan Kyoung Seok tahu, tulisan jawi merupakan seni 
penulisan yang berakar umbi di negara ini.

"Bukan mudah untuk saya masuk ke sini (Malaysia) kerana saya telah memohon 
beberapa kali untuk melanjutkan pengajian sehinggalah suatu hari itu saya 
menggunakan tulisan jawi untuk membuat permohonan itu.

"Seingat saya, sebelum ini semua surat permohonan ditulis dalam bahasa Melayu 
dan Inggeris, tetapi saya kecewa kerana tidak menerima sebarang jawapan 
sehinggalah suatu hari itu terlintas di fikiran untuk menulisnya menggunakan 
tulisan jawi," katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Tanpa diduga, dalam beberapa hari sahaja beliau menerima jawapan daripada 
kerajaan Malaysia. Bapa kepada dua anak ini memberitahu, beliau terkejut 
apabila membaca isi kandungan surat terbabit kerana kerajaan negara ini 
memberinya peluang untuk ke sini.

Sepanjang pertemuan dengan lelaki separuh abad yang beruban dan berkaca mata 
itu, semangatnya tentang tulisan jawi cukup membara. Buktinya, di atas meja 
beliau penuh dengan bahan-bahan kajian mengenai tulisan jawi. Penampilannya 
juga sedikit berbeza. Kemeja putih lengan panjang yang dipakainya dipadankan 
dengan skaf di leher seakan-akan tali leher. 

Temu bual yang berlangsung selama hampir dua jam di UPSI itu, jelas mempamerkan 
keramahan dan kepakarannya dalam tulisan jawi. 

Kyoung Seok menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan memperoleh Ijazah 
Sarjana yang kedua dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 
1987. Lima tahun kemudian, beliau memperoleh doktor falsafah dari universiti 
yang sama.

Menyentuh mengenai kajiannya, Kyoung Seok memberitahu, beliau pernah 
menjalankan beberapa kajian mengenai sistem tulisan jawi, transliterasi 
manuskrip jawi, seni khat Jawi, pengajaran bahasa Korea dengan tulisan jawi, 
pola ayat bahasa Melayu-Indonesia, dan Batu Bersurat Terengganu. 

Setakat ini, beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku yang bertajuk, 
Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu, Bahasa Melayu Dalam Empat 
Minggu, Malay Tulisan Jawi, Bahasa Indonesia-Malaysia patternzip, dan Gaya 
Bahasa Sejarah Melayu.

Ghairah berbicara mengenai kajian dan buku tulisan jawi, beliau mengakui 
tulisan tersebut mempunyai satu tarikan dan keunikan istimewa terutama dalam 
al-Quran.

"Saya acap kali tertanya-tanya bagaimana tulisan jawi dalam al-Quran boleh 
menghasilkan kaedah bacaan dalam pelbagai intonasi yang berbeza,"akuinya setiap 
kali mendengar bacaan al-Quran beliau berasa tenang.

Dalam keghairahan beliau menceritakan keunikan tulisan estetik itu, secara 
tiba-tiba nada percakapannya bertukar sayu ketika dilemparkan soalan nasib 
tulisan itu di negara ini.

Beliau menyuarakan kekesalan terhadap sikap golongan muda yang tidak endah 
dengan tulisan jawi.

Kyoung Seok berpendapat, jika keadaan itu berterusan, tulisan jawi bermungkinan 
terkubur suatu hari nanti. Lagipun, ramai pakar jawi yang dikenalinya telah 
bersara. 

Justeru, beliau berharap pihak media, kerajaan termasuk Institut Terjemahan 
Negara Malaysia (ITNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan 
penting dalam memastikan tulisan jawi terus terpelihara. 

Menurut Kyoung Seok, sejak kebelakangan ini nilai tulisan jawi yang berteraskan 
al-Quran tidak dijulang dan usaha-usaha yang dilakukan dilihat kurang berjaya.

Menurutnya, di Korea, bahasa dan tulisan Korea adalah jati diri mereka. Beliau 
berharap rakyat di negara ini mempelajari tulisan jawi agar khazanah kebudayaan 
nasional itu tidak terus ditelan arus pemodenan.

"Khazanah ini perlu diangkat semula kerana ia sebahagian daripada warisan 
sejarah Melayu. Sudah tiba masanya, pelbagai langkah perlu diambil supaya 
generasi muda tidak melupakan asal usul yang membentuk jati diri orang 
Melayu,"ujarnya.

Sehubungan itu, Kyoung Seok mencadangkan supaya sistem ejaan jawi yang 
digunakan sekarang perlu diganti kepada sistem ejaan jawi Za'ba kerana ia 
ringkas dan mudah dipelajari.

Malah, jika rakyat Malaysia mempelajari ejaan jawi Za'ba, mereka lebih mudah 
memahami sistem ejaan jawi yang lebih kuno sekali gus boleh memahami manuskrip 
jawi berusia ratusan tahun memandangkan ejaan jawi Za'ba menggunakan asas yang 
sama dengan tulisan jawi kuno yang berasal daripada tulisan al-Quran," ujarnya 
yang kini sibuk menyiapkan sebuah kamus mengenai langkah perkembangan tulisan 
jawi. Kamus itu dijangka siap dalam tempoh lima tahun lagi. 

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0229&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke