http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=743:pas-pahang-arah-ahli-sokong-himpunan-hijau-20&catid=51:lain-lain-kenyataan-media-2011-2013&Itemid=465
Apa sudah jadi dengan pendapat pakar nuklear Ahli Parlimen PAS?? Susah kan nak berpegang pada prinsip!! PAS PAHANG ARAH AHLI SOKONG HIMPUNAN HIJAU 2.0 TEMERLOH: PAS Pahang mengarahkan semua ahlinya memberi sokongan kepada Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK 1 pada 26 Febuari ini. Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Roslan Zainal Al-Ahmadi berkata, perhimpunan secara aman itu adalah bagi membantah pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan. Bantahan ini perlu disokong kerana kilang berkenaan lebih banyak membawa keburukan daripada manfaat kepada rakyat. Katanya, ia juga selaras dengan dasar PAS yang berterusan mendukung agenda pemuliharaan alam sekitar, perjuangan penjagaan kelestarian dan keadilan alam sekitar yang selaras dengan Piagam Bumi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). "Saya bagi pihak PAS Pahang meminta dan menggesa seluruh ahli dan seisi keluarga serta seluruh pendukung Pakatan Rakyat dan rakyat Pahang yang cintakan alam sekitar untuk turut menghadiri perhimpunan aman itu," katanya. Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat juga akan menghadiri Himpunan Hijau 2.0 itu. Isu Lynas mendapat bantahan semua pihak melainkan Umno kerana ia kurang membawa manfaat sebaliknya akan meninggalkan kesan buruk kepada penduduk khusunya di Kuantan. Kerajaan negeri bagaimanapun mempertahankanya dan berhujah bahawa kerajaan tidak akan membenarkan sesuatu yang memudaratkan rakyat sebaliknya pembukaannya akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Kilang Lynas milik pelabur Australia itu dijangka akan menghasil nilai eksport bernilai RM80 bilion setahun. Ia dikecualikan daripada cukai selama 12 tahun. ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

