Projek Membela Lembu Felcra Lebih Besar
dari Projek Fidlot Nasional, Gemas 
Dari Blog Dr Rosli Yaakop - Timbalan
Pesuruhjaya PAS N.Sembilan / AJK PAS Rembau

Chembong 3 Mac 2012 - Dalam sidang
akhbar pada 29 Februari 2012 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut,
Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji
Razman Haji Zakaria mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam
pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang
dimulakan pada hujung tahun 2008. Projek ini melibatkan pembinaan 17
buah kandang lembu secara berperingkat-peringkat di 17 kawasan ladang
yang telah dikenalpasti. Kos kandang ialah RM300,000 sebuah, bermakna
jumlahnya ialah RM5,100,000. Ia dimulakan dengan projek perintis di
Seberang Perak.

Merujuk kepada potongan laporan akhbar
Sinar Harian bertarikh 6 Jun 2010 yang diedarkan, tender telahpun
dikeluarkan untuk pembinaan kandang berkenaan. Pada peringkat
awalnya, sebanyak 2,000 ekor lembu akan dibekalkan kepada setiap
ladang, bermakna, apabila semua kandang siap dibina, jumlah lembu
yang diternak akan meningkat kepada 34,000 ekor, melibatkan kos –
pada harga anak lembu RM400 se ekor - sebanyak RM13,600,000. Felcra
Berhad memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk projek ini. 

Dikatakan, bila dilaksanakan
sepenuhnya, projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan
tambahan sebanyak RM500-1,000 sebulan kepada setiap peserta Felcra
yang berjumlah sekitar 92,000 itu (Petikan ucapan Datuk Tajuddin
Abdul Rahman dalam potonga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7
Disember 2008 yang diedarkan berbunyi: “Melalui program ini peserta
Felcra diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga
RM1,000 sebulan.”) . Ini bermakna perojek ini mampu menjana jumlah
pendapatan di antara RM46-92 juta sebulan atau RM552-1,104 juta
setahun, amat bermakna bagi peserta Felcra yang rata-ratanya miskin. 

Projek dimulakan pada awal tahun 2009
dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak
yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak
dengan 800 ekor lembu. Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke
tapak projek baru-baru ini mendapat hanya ada di antara 10-15 ekor
lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai
“projek gagal.”

Namun, Felcra nampaknya mendakwa projek
perintisnya berjaya. Hasil dari “kejayaan” projek perintis ini,
maka itulah Felcra Berhad telah melancarkan projek ternakan lembu
besar-besaran pada pertengahan tahun 2010 melibatkan pembinaan 17
buah kandang di 17 buah ladang. Betulkah ladang-ladang ternak lembu
ini wujud?

Potongan akhbar Harakah keluaran 16-19
November 2009 yang diedarkan melaporkan bahawa Pengerusi BAPAK ketika
itu Akmaluddin Mohd. Noor telah datang ke pejabat akhbar itu mengadu
bahawa tambahan pendapatan sebanyak RM500-1000 sebulan kepada 92,000
peserta Felcra selepas enam bulan projek berjalan masih belum lagi
dibayar walaupun semasa pengaduan dibuat masa sudah pun berlalu
sepuluh bulan. Beliau lalu menuduh bahawa Pengerusi Felcra, Dato
Tajuddin Abdul Rahman telah membuat janji yang tidak munasabah kepada
peserta Felcra. Betulkah? Mari kita lihat sama ada munasabah atau
tidak janji untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak
RM500-1000 sebulan melalui projek ternakan lembu ini.


Bilangan kandang 17

Bilangan lembu setiap kandang 2,000
ekor

Jumlah lembu 34,000 ekor (17 x 2,000)

Harga anak lembu RM400 se ekor

Kos penggemukan lembu selama 6 bulan
RM1,000 se ekor

Lain-lain kos selama 6 bulan RM500 se
ekor

Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan
RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)

Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6
bulan RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)

Harga jualan lembu RM3,000 se ekor

Jumlah hasil jualan RM102,000,000
(RM3,000 x 34,000)

Keuntungan projek dalam 6 bulan
RM37,400,000

Bilangan peserta 92,000

Agihan keuntungan kepada peserta (6
bulan) RM406.52 se orang

Agihan kepada perserta setiap bulan
RM33.88 se bulan 

Ternyata kalau bilangan lembu yang
dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk
menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500 se orang tidak
akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se
orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita
buat perkiraaan.

Tambahan pendapatan bulanan peserta
RM500 se orang sebulan

Bilangan peserta 92,000

Jumlah tambahan pendaptan bulanan
RM46,000,000 sebulan

Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan
RM276,000,000

Keuntungan julan lembu RM1100 se ekor

Bilangan lembu yang perlu diternak
250,909 ekor setiap enam bulan

Bilangan lembu diternak dalam setahun
501,818 ekor setahun

Untuk menjana pendapatan tambahan
sebanyak RM500 bagi setiap peserta, maka setiap enam bulan secara
berterusan, Felcra Agro Industries Berhad kenalah membela dan
menggemukkan 250, 909 ekor lembu setiap 6 bulan. Ini adalah satu
projek yang amat besar. Harga membeli anak lembu sahaja – RM400 se
ekor - sudah melibatkan kos sebanyak RM100,363,600 setiap enam bulan.
Kalau dimasukkan kos penggemukkan dan lain-kos yang terlibat
(jumlahnya dianggarkan RM1,900 se ekor lembu), maka kos operasi
projek ini boleh mencecah RM476,727,100 se tiap enam bulan. Kalau
setahun kosnya menjadi RM953,454,200. Bukankah ini satu jumlah kos
yang amat besar? Ini lebih besar dari projek fidlot nasional di
Gemas. Kalau peruntukan kepada projek ternakan lembu ini hanya
setakat RM18 juta, maka bolehkah di ramalkan projek in sudah gagal
sebaik ia bermula.


Atas asas ini maka kata-kata
Akmaluddin: “Inilah yang saya katakan projek mustahil Tajuddin”
adalah tepat sekali. 

Juga didedahkan pada Hari Raya Kordan
2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad
telah menjula 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad
pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya
RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah
kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu
diagihkan kepada ahli-ahli politik UMNO-BN. Pecahannya seperti
berikut:


Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak 5
ekor

Ahli Parlimen Lenggong, Perak 5 ekor

Ketua Wanita UMNO, Bahagian Padang
Serai 5 ekor

Ahli Parlimen Pasir Salak 30 ekor 

Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod
resmi penghantaran, hanya 37 ekor lembu sahaja dihantar ke pelbagai
lokasi termasuk 10 ekor ke rumah kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak.
Tiada bukti penghantaran telah dibuat ke Batang Sadong, Sarawak (5
ekor) dan ke Bahagian UMNO Padang Serai (5 ekor). Kalau lembu
dihantar ke kedua tempat ini, jumlahnya menjadi 47 ekor sedangkan
pesanan hanya 45 ekor. Ini menimbulkan keraguan: Betulkah lembu telah
diagihkan sehingga ke Sarawak? Bagaimanakah ia dihantar? Dengan kapal
terbangkah?

Jelas di sini bahawa harta milik
seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin
politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu
korban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah
satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra.
Dicadangkan peserta Felcra wajar membuat aduan polis akan hal ini.
Juga, disyorkan peserta Felcra pergi melawat kesemua 17 kadang lembu
bagi menentukan berapa ekor lembu yang ada. Betulkah ada?
Jangan-jangan ini satu lagi projek auta UMNO-BN bertujuan
menyelewengkan dana pembasmian kemiskinan.


DUN Chembong
Rembau, NS
Jumaat, Mac 2012
Felcra Bela Lembu

http://drrosliyaakop.blogspot.com/2012/03/projek-membela-lembu-felcra-lebih-besar.html
 

Kirim email ke