Bantuan RM500 BR1M kepada mereka yang
layak adalah untuk Bajet 2012. Ini bermakna tarikh Bajet 2012 ini sah
sehingga 31 Disember 2012. Bagaimana jika ada pasangan yang berkahwin
dari 16 Mac 2012 hingga 31 Disember 2012 yang sudah pasti dikira satu
isi rumah, jika pendapatan isi rumah ini kurang RM 3,000 mereka ini
sepatutnya layak mendapat RM 500 tersebut.

Rayuan BR1M dilanjut selepas 15 Mac
2012/02/16

Perdana Menteri berkata, langkah itu
memberi peluang kepada mereka yang gagal dalam permohonan lalu untuk
mendapatkan bantuan RM500, dan menikmati faedah daripada program
berkenaan.“BR1M adalah satu bentuk bantuan dan faedah yang sangat
berkesan dan dihargai rakyat. “Kita ambil maklum jika ada yang
tidak diluluskan tetapi difikirkan layak menikmati bantuan itu masih
boleh buat rayuan dan rayuan boleh dibuat terus hingga 15 Mac depan.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RayuanBR1Mdilanjutselepas15Mac/Article/index_html
 

Tuan Yang di-Pertua,

112. Dalam usaha untuk terus
meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan
anak-anak, Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off
atau sekali sahaja seperti berikut:

Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit
kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah.
Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan
Kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos
sara hidup. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada
jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada
bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion
ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak
hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi
pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Syarat Permohonan BR1M
~ Warganegara Malaysia
~ Berkahwin
~ Lelaki atau perempuan yang menjadi
ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM 3000 ke bawah.
~ Warga Emas yang berumur 60 tahun ke
atas yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM
3000 ke bawah

Kirim email ke