TIGA PERATURAN INOVASI

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm
Oleh Eric Schmidt, Pengerusi Eksekutif Google Inc.


Adalah satu kesilapan jika ada yang merasakan untuk melakukan sesuatu 
inovasi memerlukan teknologi. Tanggapan itu sebenarnya tidak benar.

Jika dilihat kepada sejarah inovasi yang mengubah dunia, semuanya 
bukan bersandarkan kepada teknologi.

Inovasi seperti peluru berpandu balistik pertama dari India, jam 
matahari pertama dari Korea, percetakan pertama di China, sehinggalah 
walkman di Jepun - teknologi hanya sampingan. Bukan punca utama.

Manusia dapat mencapai inovasi dengan atmosfera keterbukaan - terbuka 
kepada idea baru, terbuka tanpa mengira sempadan dan terbuka untuk bekerjasama.

Agak sukar untuk mendefinisi akan keterbukaan. Lebih mudah 
mendemonstrasikannya yang mana apabila anda mencuba sesuatu atau 
sebarang perkara yang difikirkan, anda boleh mengatasinya.

Izinkan saya mulakan dengan apa yang dimaksudkan dengan keterbukaan 
untuk bekerjasama.

Apabila ramai bertanya apakah produk Google kegemaran saya, ia bukan 
Gmail atau Maps atau YouTube. Ia adalah Google - syarikat tersebut sendiri.

Untuk dekad yang lepas, keutamaan adalah membangunkan masyarakat 
dengan menggunakan bakat mereka yang menakjubkan. Matlamatnya supaya 
ia boleh bertahan lama setelah saya pergi. Malah semua produk semasa 
kami akan digantikan dengan gelombang inovasi yang baru.

Semua ganjaran, cabaran dan tanggungjawab dikongsi untuk membolehkan 
kami mengimpikan pelbagai perkara besar dan bersama-sama dengan 
masyarakat untuk mencapainya.

Internet memperluaskan konsep komuniti ini melangkaui batasan 
syarikat, atau sempadan negara.

Android merupakan contoh yang baik. Ia merupakan platform perisian 
untuk telefon pintar yang digunakan lebih 190 juta peranti mudah-alih hari ini.

Ia adalah sumber terbuka - yang bermaksud orang ramai boleh mengambil 
kod kami, mengubahnya, dan mengeluarkan produk mereka mengikut cita 
rasa mereka - yang mana dilakukan oleh syarikat seperti Samsung, LG, 
Sony Ericsson dan HTC.

Kerana itu, terdapat lebih banyak pilihan untuk pembangun dan juga pengguna.

Komuniti pembangun aplikasi dan usahawan seluruh dunia telah 
menghasilkan lebih 500,000 aplikasi dan menjadikannya satu industri.

Dengan keinginan dalam Google untuk bekerjasama, ia membolehkan kami 
bekerjasama bersama setiap pembangun Android dari seluruh dunia.

Contoh lain bagaimana keterbukaan untuk bekerjasama membawa kepada 
sebuah perubahan yang besar ialah beberapa tahun yang lepas jurutera 
kami di India kecewa dengan sistem pemetaan di negara tersebut.

Lalu dia memperkenalkan sebuah aplikasi ringkas yang membolehkan 
semua orang bersama-sama membangunkan peta digital menggunakan gambar satelit.

Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Sukarelawan bekerja 
bersama dalam mempertingkatkan lebih 180 peta pada aplikasi MapMaker.

Di Pakistan sahaja, pengguna menandakan lebih 25,000 kilometer jalan 
yang sebelum ini tidak pernah ditandakan.

Kita perlu membangunkan perkara seperti ini dalam masyarakat bukan 
hanya pada peringkat korporat.

Kita perlu membolehkan para pengguna bersatu supaya mereka boleh 
pelajari, kerjasama dan berinovasi dalam keadaan terbuka.

Ini bermakna, kita juga perlu terbuka kepada seluruh dunia.

Terima kasih kepada web, kini tiada had untuk cita-cita. Sempadan 
geografi tidak mempunyai persamaan digital. Jadi tiada perkara 
seperti perniagaan dan organisasi tempatan lagi.

Pasaran anda, pelanggan anda, rakan kerjasama anda, pengedar anda, 
semuanya adalah global.

Jadi persoalannya - adakah anda terbuka? Pada abad ini, dunia semakin 
mengecil.

Kita dapat melihat kebangkitan kuasa ekonomi baru di Asia, termasuk 
di Brazil, Rusia, dan Timur Tengah.

Kita juga melihat kelahiran pengguna global dari kelas pertengahan 
dengan kuasa membeli yang tinggi.

Internet akan menjadi salah satu cara baru untuk berhubung dengan 
dunia baru. Kita tahu lebih tiga billion pengguna akan berhubung 
secara atas talian pada penghujung dekad ini. Kebanyakannya daripada 
negara membangun.

Pada tahun lepas, apa juga jenis perniagaan akan dapat menggunakan 
peluang tersebut.

Perkara tersebut adalah benar termasuk salah satu syarikat 
perkhidmatan editorial di Malaysia.

Hanya setahun yang lalu, Dr. Yeang Hoong Yeet dan isteri beliau Helen 
Chew, mengambil keputusan menjalankan perniagaan atas-talian - 
menyediakan khidmat pengeditan dan pembacaan untuk bahan akademik dan 
perniagaan.

Dengan umur melebihi 60 tahun, mereka membuktikan usia bukan 
penghalang untuk memulakan perniagaan atas talian.

Melalui pengiklanan atas talian, mereka berjaya memperluaskan 
perniagaan dari Malaysia ke negara lain di rantau berdekatan. dan 
kini gembira dengan pulangan mereka.

Terima kasih kepada Internet, itu merupakan salah satu contoh ringkas 
bagaimana sebuah idea baru kini boleh dibawa ke konteks global.

Dengan merentasi Asia, kita tahu terdapat jutaan orang daripada 
pelbagai latar belakang kini menggunakan Internet sebagai salah satu 
platform untuk peluang dan kebaikan - untuk membangunkan jutaan idea 
baru milik mereka.

Mereka adalah pemilik kedai, pengeluar dan mungkin juga artis. Mereka 
mencuba pelbagai cara untuk mencapai pasaran baru, dengan kaedah baru 
dan bersama rakan kerjasama baru.

Sebahagian daripada mereka takut dengan kesan daripada keterbukaan, 
lebih-lebih lagi apabila Internet telah mengubah beberapa industri. 
Bagimanapun, kebaikan daripadanya adalah amat menakjubkan.

Di Australia, Internet menyumbang kepada 3.6 peratus Keluaran Dalan 
Negara Kasar KDNK) negara - lebih daripada eksport bijih-besi.

Di Jepun, ia menyumbang 3.7 peratus lebih daripada industri 
pengeluaran automotif.

Setiap perniagaan mendapat kebaikan daripada peningkatan Internet. 
Dianggarkan untuk setiap pekerjaan yang hilang disebabkan Internet, 
2.6 lagi dihasilkan.

Tetapi nombor tersebut hanya boleh digunakan kepada Internet terbuka 
yang kita kenal pada hari ini. Ia tidak dijamin akan terus kekal 
sebegitu. Cara untuk memaksimumkan kebaikan ekonomi daripada Internet 
adalah dengan membiarkannya terbuka.

Lagipun, keterbukaan hadir untuk kekal. Tanpa keterbukaan, pengguna 
akan hilang pilihan.

Syarikat akan berpuas hati. Masyarakat akan kehilangan dinamik yang 
membawa kepada inovasi.

Ini adalah salah satu sebab mengapa kami komited untuk menjadikan 
Android itu terbuka. Ia merupakan mesej ringkas yang dihantar kepada 
semua rakan kerjasama di seluruh Asia.

Keterbukaan bukan hanya sekadar prinsip, ia merupakan salah satu 
strategi kemenangan bagi kita semua.

Kejayaan Android di Asia memperlihatkan perkara tersebut. Google 
telah berjaya kerana dasar terbuka kepada rakan kerjasama baru, 
rantau dan juga idea.

Kejayaan telefon pintar, merupakan kejayaan Google. Kejayaan pelbagai 
perniagaan juga bergantung pada platform terbuka - Internet - yang 
mana ia bukan milik sesiapa.

Oleh kerana tiada sesiapa yang memilikinya, Internet adalah milik 
semua orang dan berjaya apabila ia adalah terbuka.

Malaysia dianugerahkan dengan populasi yang kreatif dan berbakat 
serta ramai pembangun perniagaan dan usahawan yang pintar.

Ia penting untuk sesuatu perniagaan dan ahli politik meneruskan 
imaginasi mereka di Malaysia yang membolehkan kita semua bersama 
mendapat kebaikan.



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke