Azmi dari Senawang(bukan nama sebenar) saya kenal apabila ada sahabat saya 
perkenalkan dia kerana dia amat memerlukan bantuan ketika itu. Lalu dengan 
pertolongan Allah kita carilah sumbangan sekadar kemampuan kami. Dapatkan dia 
pekerjaan di sebuah syarikat swasta. Dia sudah 3 bulan tidak bekerja sebelum 
itu, syarikat lama dia bekerja sebelum ini mengecilkan operasi.

Apabila sudah 3 bulan tak bekerja, dan syarikat sebelum itu ada masalah 
kewangan, maka satu demi satu hutang dia bertambah, kereta, rumah, bil elektrik 
, air dan sebagainya. Rumah teres yang dibeli sekitar RM50,000 di Senawang baru 
dilelong dengan harga RM30,000 sedangkan bayaran dia tertunggak kepada bank 
termasuk denda dan duti peguam hanyalah sekitar RM7,000. 

Dia pergi kerja guna kereta nasional tahun 90an. Itu pun dah berapa lama tak 
ada cukai jalan dan insuran kerana tak mampu. Dia ada motosikal, tapi ada 
dibengkel, tak mampu pula nak bayar duit baiki motosikal.

Bantuan Majlis Agama Islam adalah dapat dalam bentuk kupon makanan di Kedai 
1Malaysia juga kupon beli baju sekolah anak.

Beberapa hari sebelum rumah dia dilelong, elektrik rumahnya dipotong, juga 
sebab tunggakan bil elektrik. Terpaksalah dia bayar beberapa ratus untuk 
sambung semula. Dah sambung elektrik, rumah pula kena lelong.

Duit RM500 BR1M dia kata belum dapat lagi, tapi nama dah naik. Tak tahulah pula 
bila nak dapat. 

Sepanjang perkenalan saya dengan Azmi ini, dia tak pernah ambil kisah isu 
politik di Malaysia ini, isu Israel ke, isu liwat ke, isu APCO ke, isu lembu 
NFC ke.

Kenalan saya Azmi dan ramai lagi senasib dengan dia di seluruh Malaysia tak 
kisah apa tajuk buletin utama TV3 setiap malam. Apa yang mereka kisah ialah 
hidup mereka sekeluarga saban hari. Kais pagi pun tak boleh makan pagi, kais 
petang pun tak boleh makan petang sebab hingga kini tak mampu nak bayar road 
tax kereta dan macam-macam bil lagi. 

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

Harga ikan melambung
Harian Metro 6 Mac 2012 

BARU-baru ini, saya ke pasar raya untuk membeli beberapa barangan dapur, namun 
terkejut mendapati harga ikan dan makanan laut agak mahal berbanding sebelum 
ini.

Saya terkejut mendapati harga ikan cencaru dijual RM10 sekilogram berbanding 
RM4 sebelum ini, manakala ikan kembong yang dulu dijual RM6 kini mencecah RM20. 
Malah, sayur didapati agak mahal contohnya serai tidak lagi dijual 20 sen 
seikat tetapi kini RM1 seikat, cili merah pula tiga atau empat biji RM1. 

Saya berharap pihak berkaitan memantau harga berkenaan bagi meringankan 
pendapatan isi rumah. 

ANI - Ampang 

TERIMA kasih atas aduan dikemukakan pengadu. Untuk makluman, Kementerian 
Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mengawal 
harga ikan dan makanan laut. 

KPDNKK bertanggungjawab mengawal harga makanan laut pada musim perayaan saja 
dan hanya beberapa jenis ikan. 

Namun, pihak kami akan memberi notis tunjuk sebab kepada peniaga ingkar 
mengikut Akta Kawalan Harga dan MP Pencatutan. 

ABU SAMAH SHABUDIN 
Pengarah Pejabat KPDNKK Wilayah 
Persekutuan Kuala Lumpur

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/adu_metro_Hargaikanmelambung/Article/index_html
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke