Ahli Falsafah Inggeris, Sir Francis Bacon yang hidup pada kurun ke 16 
mengatakan “Histories make men wise”, iaitu  Sejarah menjadikan manusia bijak. 
Sejarah adalah penting bukan setakat untuk skor A, atau nak dapat ijazah serta 
PhD. Tapi kita perlu teliti sejarah agar kita dapat belajar dari pengalaman 
umat yang terdahulu, jatuh bangun sesuatu umat serta bangsa. Di Negeri Sembilan 
banyak kesan peninggalan sejarah terutama sekali di Rembau yang wujud lebih 600 
tahun yang lalu.

Sesungguhnya rakyat di Negeri Sembilan amat bertuah mempunyai keluarga pemimpin 
yang amat prihatin akan sejarah negeri ini. 

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

Tunku Besar Seri Menanti, adik sertai ekspedisi
Berita Harian - 5hb Mac 2012

SERI MENANTI - Anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Besar Seri 
Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan adiknya, Tunku Zain Al-Abidin 
berjalan kaki meredah hutan sejauh dua kilometer untuk melawat tapak bersejarah 
Bukit Tunggal, Jumbang di sini.

Mereka berdua yang berpakaian ringkas dengan but kulit paras betis mendaki 
bukit setinggi 262 meter dari aras laut selama hampir sejam sebelum tiba ke 
Jeram Jumbang yang dikatakan pernah menjadi persinggahan Raja Melewar ketika 
datang ke sini hampir tiga abad yang lalu.

Ekspedisi itu turut disertai kira-kira 30 orang pegawai dan kakitangan Jabatan 
Perhutanan, Tourism Malaysia dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan selain polis 
dan bomba. 

Ketua ekspedisi, Dr Pauzi Abdul Latiff yang juga Pensyarah Kanan Universiti 
Putra Malaysia (UPM) yang bertanggungjwab menemui tapak itu pada 2009 berkata, 
lawatan mereka berdua memberi harapan lokasi itu dijadikan tapak warisan 
bersejarah di negeri ini.

"Tunku Ali Redhauddin tertarik dengan penemuan ini ketika melihat pameran 
fotografi pelajar UPM di Istana Lama Seri Menanti sempena Hari Keputeraan 
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ke 64, Januari lalu dan menyuarakan hasrat untuk 
melawat. Hari in (semalam) kita gembira kerana hasratnya dapat ditunaikan dan 
selepas melihat peinggalan sejarah itu, beliau mahukan ia dipelihara sebagai 
tapak warisan, pelancongan dan rekreasi," katanya pada sidang media di sini.

Turut mengikuti ekspedisi itu, Pengarah LMNS, Shamsudin Ahmad.

Pada 1 Ogos tahun lalu, akhbar melaporkan penemuan tapak penempatan purba itu 
dipercayai antara paling lengkap di negeri ini dengan natara artifak ditemui 
termasuk bekas tapak kaki manusia dan batu giling pada batu.

Berbeza dengan artifak sedia ada yang agak terhad di negeri ini seperti batu 
megalith, penempatan ini lengkap dengan pelbagai artifak dibuat menggunakan 
batu sungai di situ. Selain itu, antara artifak menunjukkan kewujudan 
penempatan di situ termasuk batu hampar yang unik kerana mempunyai dua batu 
kecil di bawah sebagai alas supaya rata.

Sementara itu. Shamsudin berkata, kajian lanjut akan dilakukan pihaknya untuk 
mendapat maklumat lebih mendalam mengenai tapak berkenaan.

Bukit Tunggal dipelihara sebagai tapak warisan
Utusan Malaysia - 6hb Mac 2012

KUALA PILAH 5 Mac - Komitmen yang tinggi terserlah pada wajah anakanda Yang 
Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin 
Tuanku Muhriz dan adiknya Tunku Zain Al-Abidin ketika berjalan kaki meredah 
belantara sejauh hampir dua kilometer melawat tapak bersejarah di Bukit 
Tunggal, Jumbang dekat sini.

"Kedua-dua putera Tuanku Muhriz Tuanku Munawir itu, bukan sahaja tidak 
menunjukkankepenatnan sebaliknya dengan berpakaian ringkas serta but berjaya 
mendaki bukit setinggi 262 meter dari paras laut selama hampir sejam sebelum 
tiba di Jeram Jumbang. 

Jeram tersebut pernah menjadi persinggahan Raja Melewar ketiaka datang ke sini, 
hampir tiga dekad yang lalu.

Ekspedisi yang diatur itu bertujuan memperlihatkan kesan peninggalan sejarah 
serta kewujudan penempatan manusia selain penemuan artifak termasuklah tapak 
kaki manusia dan batu giling pada batu. 

Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Pauzi Abdul Latiff yang 
menemui tapak berkenaan sekitar 2009 memberitahu, lawatan kedua-dua putera 
Diraja Negeri Sembilan  itu membuka harapan untuk menjadikan tapak ini sebagai 
satu lagi warisan sejarah di negeri ini.

"Tunku Ali Redhauddin tertarik dengan penemuan ini ketika melihat pameran 
fotografi pelajar UPM di Istana Lama Seri Menanti sempenan Hari Keputeraan 
ayahandanya Januari lalu dan menyatakan hasrat untuk melawat ke lokasi 
tersebut. Alhamdulillah hajat kedua-dua putera Tuanku Muhriz ini dapat 
ditunaikan dan selepas lawatan yang disertai itu, mereka mahu kawasan itu 
dipelihara sebagai tapak warisan, pelancongan dan rekreasi," katanya.

Antara artifak yang ditemui termasuklah batu hampar yang unik kerana mempunyai 
dua batu kecil di bawah sebagai alas supaya rata. Selain itu, turut ditemui 
adalah sebuah batu yang tinggi dipercayai menjadi tempat bertapa pula mempunyai 
tempai takik untuk memanjat manakala batu lain mempunyai kesan meletak lembing.

Ekspedisi ini turut disertai kira-kira 30 pegawai dan kakitangan Jabatan 
Perhutanan Negeri, Tourism Malaysia dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).

Sumber : 
http://nagarinansembilan.blogspot.com/2012/03/jumbang-dalam-kenangan.html 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm
 
http://nslibrary.gov.my/images/Keratan%20Akhbar/Mac%202012/5mac/Tunku-Besar-Seri-Menanti,-a.jpg
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke