9 Mac 2012 - Saya merupakan penduduk di Felda Mayam, Triang, Pahang berasa amat 
terkilan dengan isu bekalan air yang berlaku di Felda Mayam sejak 
bertahun-tahun dahulu lagi sehingga kini tanpa perubahan.
 
Masalah ketiadaan air amat kerap berlaku di kawasan Felda Mayam menyebabkan 
banyak aktiviti seharian kami terganggu. Masalah ketiadaan air bukan berlaku 
sebulan sekali, atau seminggu sekali tetapi dua / sehari sekali!selang sehari 
masalah air pasti akan berlaku.hal ini amat menyusahkan dan menyukarkan 
kehidupan seharian kami.
 
Saya selaku penduduk Felda Mayam berasa amat bosan dan marah dengan keadaan ini 
kerana tanpa bekalan air, banyak aktiviti seperti memasak, membasuh dan mencuci 
termasuklah masalah untuk mengambil wuduk berlaku.
 
Pihak Jabatan Bekalan Air di sini masih belum dapat melaksanakan tanggungjawab 
kepada penduduk di Felda Mayam dengan sempurna. Pelbagai alasan yang tidak 
munasabah disampaikan kepada penduduk. 
 
Terbaru, isu pekerja JBA yang tidak bertugas mengikut waktu menyebabkan masalah 
bekalan air di Felda Mayam sentiasa terputus. Hal ini adalah disebabkan pekerja 
tersebut tidak mengikut waktu untuk membuka dan menutup pili utama yang 
menyambungkan bekalan air ke kawasan Felda Mayam.
 
Adakah disebabkan seorang pekerja menyebabkan seluruh penduduk Felda Mayam 
menanggung akibat buruk kerana sifat tidak bertanggungjawab pekerja tersebut? 
Di mana pihak atasan yang sepatutnya memantau dan mengawasi tugasan pekeja itu?
 
Di harap pihak berwajib idapat mengambil tindakan yang sewajar-wajarnya kepada 
perkara ini. Terima kasih.
 
By: nurul hana ahmad danial
 
Sumber : 
http://www.aduanrakyat.com.my/isu-ketiadaan-air-di-felda-mayam-triang-pahang 

Kirim email ke