PM berkata kerajaan menyediakan
peruntukan RM95 juta setahun untuk membiayai bantuan perkapita bagi
sekolah agama yang sebelum ini tertunggak selama lima hingga enam
tahun. Adakah  RM95 juta tersebut jumlah keseluruhan yang tertunggak
sejak enam tahun yang lalu atau untuk tahun 2012 sahaja? Kenapa
sebuah institusi agama Islam yang amat penting iaitu sekolah agama,
bantuan perkapita boleh tertangguh sehingga 6 tahun, sedangkan umat
Islam membayar zakat setiap tahun?


RM100 juta untuk sekolah agama
10 Mac 2012 

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak memaklumkan Kementerian Pelajaran memperuntukkan
RM100 juta untuk penambahbaikan sekolah agama di seluruh negara pada
tahun ini.

Menurutnya, kerajaan turut menyediakan
peruntukan RM95 juta setahun untuk membiayai bantuan perkapita bagi
sekolah agama yang sebelum ini tertunggak selama lima hingga enam
tahun.

“Memang kalau diikutkan untuk
keseluruhan sekolah tidak mencukupi, tetapi ia adalah peningkatan
peruntukan yang telah luluskan,” katanya pada Majlis Perasmian
Sekolah Agama Taman Molek, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul
Ghani Othman dan Menteri Pengajian Tinggi, merangkap Ahli Parlimen
Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam pada itu, Najib turut memuji
usaha Kerajaan Negeri yang tidak bergantung sepenuhnya kepada
peruntukan Kerajaan Pusat untuk membangunkan sekolah agama negeri.

Sumber : 
http://www.sinarharian.com.my/nasional/rm100-juta-untuk-sekolah-agama-1.31011 

Mahathir: Bantuan perkapita tidak akan
disambung semula
Feb 20, 2003

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad hari ini mengulangi bahawa kerajaan tidak akan meneruskan
bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat yang dihentikan sejak
tahun lepas.

Kenyataan itu bercanggah dengan jaminan
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa pihak SAR
boleh memohon semula bantuan itu, sewaktu berdebat dengan timbalan
ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, Ahad lalu.

Malah, Nazri yang juga ahli Parlimen
Chenderoh, menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah berniat untuk
menutup SAR dan langkah memberhentikan bantuan perkapita bersifat
sementara.

Sebaliknya, Dr Mahathir hari ini
mengulangi bahawa kerajaan tidak akan meneruskan bantuan perkapita
kepada sekolah agama rakyat yang dihentikan sejak tahun lepas.

Sebaliknya kerajaan akan mengkaji
semula isi kandungan pelajaran agama Islam dan modul baru ini akan
diajar kepada pelajar sekolah kebangsaan, kata Dr Mahathir kepada
pemberita setelah mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di
Kuala Lumpur hari ini.

"Kami tidak akan memberi bantuan
kepada sekolah agama rakyat. Yang kita utamakan ialah pelajaran agama
Islam dan ia akan disampaikan kepada murid sekolah kebangsaan.

Ajaran sampingan

"Kita perlu mengkaji semula
kandungan pelajaran agama Islam kerana kita dapati kebanyakannya
tidak memberi tumpuan atau tekanan dalam ajaran yang sebenarnya, yang
disampaikan kepada murid kita. Dengan itu anak-anak kita, apabila
dewasa, tidak dapat manfaat sepenuhnya dari ajaran Islam yang
diajar," katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan mendapati
mata pelajaran Islam juga tidak mempunyai "asas" kerana ia
gagal memberi tumpuan kepada ajaran asas mengenai Islam tetapi lebih
menyentuh kepada ajaran sampingan seperti cara pemakaian.

"Umpamanya, tumpuan diberi dalam
hal pakaian, sama ada warna putih atau hitam. Itu menjadi lebih utama
dari ajaran yang datang dari ibadat-ibadat yang diwajibkan,"
katanya lagi.

Ditanya sama ada kerajaan akan
mencontohi modul pengajaran pengajaran Islam negeri Johor, Dr
Mahathir berkata, kerajaan bersikap terbuka dan akan mengkaji semua
aspek, termasuk pendekatan yang dipraktik di Johor.

Apa yang penting, katanya, ialah
kandungan pelajaran Islam itu, kerana kerajaan mahu memastikan ianya
lebih menekan kepada pembentukan peribadi Islam dan kehidupan secara
Islam kepada para pelajar.

Beliau juga mendakwa modul pelajaran
agama Islam sekarang cetek dan para pelajar hanya didedahkan kepada
tafsiran yang cetek.

Bantahan

"Sepatutnya, bila kita belajar
agama, kita akan menjadi manusia yang baik dan berjaya. Sebagai
contoh, ada yang menyebutkan tentang azan di mana umat Islam diseru
bersembahyang dan menuju kejayaan.

"Kejayaan bermakna kejayaan dalam
kehidupan kita. Tapi orang ini mentafsirkan kejayaan dengan cara yang
cukup terhad...iaitu kejayaan bersembahyang. Sebenarnya kita disuruh
mencapai kejayaan dalam kehidupan kita...tapi itu tidak diberi
tekanan," katanya lagi.

Pada 25 Okt tahun lalu, Dr Mahathir
mengumumkan bahawa kerajaan akan memberhentikan bantuan perkapita
kepada SAR kerana mendapati mereka tidak mengajar agama Islam yang
betul.

Tidak lama kemudian, Kementerian
Pendidikan pula menyatakan bahawa semua guru dan pelajar di SAR akan
diserapkan ke sekolah kebangsaan.

Sejak itu, banyak pihak termasuk
Gerakan Bertindak Umat Selamatkan SAR (Gegar) telah

menyuarakan bantahan terhadap keputusan
kerajaan itu dan berpendapat sistem pendidikan SAR perlu
dipertahankan.

Kini terdapat lebih 260 SAR di negara
ini, membabitkan 74,000 pelajar peringkat rendah dan menengah.
Sehingga ini, kira-kira 14,000 pelajar SAR telah beralih ke sekolah
kebangsaan.

http://www.malaysiakini.com/news/14515 

Kirim email ke