Memanog kementerian tak arah, tapi kuncu politik tempatan punya kerja. Dikelantan keadaan lebih kronik. Sekolah dijadikan pusat operasi BN. Ketua bahagian kuasa penoh atas sekolah. Tukar dan naik pangkat mereka punya kerja. Ini berlaku kerana pengarah pendidikan mereka yg tentukan. Oleh itu dia terpaksa taat membai buta. Wassalam
Sent from my iPad On Mar 10, 2012, at 2:24 PM, Suara Rakyat <[email protected]> wrote: > Mac 9, 2012 - Pejabat Pendidikan Tawau hari ini menarik balik arahan yang > dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan politik > kakitangan mereka. > > Arahan asal yang meminta guru besar mengkategorikan kakitangan mereka, > termasuk guru, sebagai 'hitam', 'kelabu' dan 'putih' mengikut kecenderungan > politik masing-masing, adalah satu "kesilapan", kata pegawai pendidikan > daerah, Darman Shah Asakil kepada Malaysiakini hari ini. > > Darman Shah berkata arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan > tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah dalam > apa jua cara. > > "Ia adalah satu kesilapan dan surat itu tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis > oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul. > > "Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi > tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik," katanya. > > Jabatannya, tambah Darman Shah, telah mengeluarkan surat pekeliling kepada > semua guru besar memaklumkan kepada mereka tentang penarikan balik arahan > asal itu. > > Awal hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi memberitahu > Malaysiakini tiada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. > > http://www.malaysiakini.com/news/191635 > > > > > TODAY(Beta) • Powered by Yahoo! > NBA stars who could be on the move > With the trade deadline less than a week away, some big names are being > discussed. > Privacy Policy

