DUN Kota, kawasan Umno paling selamat
di N.Sembilan
Oleh : BGS PAS N.Sembilan

Berdasarkan statistik Pilihanraya Umum
ke 11 tahun 2004 dan ke 12 pada tahun 2008, DUN Kota dalam kawasan
Parlimen Rembau adalah merupakan kawasan paling selamat Umno di
Negeri Sembilan. 3 DUN lain yang paling selamat untuk Umno di Negeri
Sembilan ialah DUN yang mempunyai ribuan pengundi pos tentera dan
polis iaitu DUN Bagan Pinang, DUN Gemas dan DUN Serting. Ketiga-tiga
DUN yang begitu ramai pengundi pos ini termasuk DUN Kota (yang
pengundi posnya kurang 100 orang) yang ditandingi oleh PAS, juga
merupakan DUN paling selamat untuk Umno di atas kertas, sudah pasti
menjadi rebutan pihak Umno untuk menjadi calon semasa pilihanraya.

Apabila DUN Kota ini menjadi DUN paling
selamat untuk Umno, maka secara tidak langsung permasalahan utama
rakyat di kawasan ini tidaklah menjadi perhatian utama pimpinan pusat
dan negeri.

Ini terbukti apabila terdapat sebuah
Projek Perumahan yang terbengkalai di Lubuk China dalam DUN Kota
sejak tahun 2005, sehingga kini belum dipulihkan. Maklumat lanjut
Projek Perumahan yang terbengkalai ini di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/01/perumahan-terbengkalai-di-lubuk-cina.html
 

Ura-ura pembinaan UiTM (kemungkinan di
Chengkau) dalam DUN Kota semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008,
akhirnya kini tidak menjadi kenyataan. Maklumat lanjut pembinaan UiTM
di Parlimen Rembau di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/06/siapa-yang-janji-nak-bina-uitm-di.html
 

Semasa Pilihanraya Umum ke 12 tahun
2008, calon PAS, Azhar Ibrahim tewas dengan majoriti 4601 undi dengan
hanya memperolehi 23.62% undi.

Manakala pada Pilihanraya Umum ke 11
tahun 2004, calon PAS, Zainal bin Jinin juga tewas dengan majoriti
4601 undi dengan hanya memperolehi 21.58% undi.

Sekiranya PAS bertanding 14 kerusi DUN
di N.Sembilan , secara teknikalnya PAS hanya bertanding 10 kerusi
DUN, apabila 4 DUN di atas dikategorikan DUN paling selamat untuk
Umno di N.Sembilan.

Untuk Pakatan Rakyat memenangi 4 DUN
tersebut, maka suatu usaha yang luar biasa oleh semua pihak haruslah
dilakukan. Jika tidak , permasalahan para pengundi di DUN tersebut
tidak akan mendapat perhatian oleh pimpinan di peringkat negeri dan
pusat.

Kirim email ke