Mac 10, 2012 - Persatuan Anak Peneroka
Felda Kebangsaan (ANAK) akan memfailkan saman terhadap bekas Menteri
Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Negeri
Sembilan, Tan Sri Isa Samad kerana didakwa gagal memastikan pampasan
diberi kepada peneroka Felda sehingga mereka kini didakwa hidup
terbiar.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata,
saman tersebut akan mewakili peneroka Felda Cahaya Baru (Johor),
Sungai Buaya (Selangor), LB Johnson dan Sendayan (Negeri Sembilan).

"Mereka (peneroka Felda) kini
kalau nak guna bahasa kasarnya, hidup merempat. Mereka tidak mendapat
pampasan yang sepatutnya. Jadi kami akan lantik panel guaman untuk
kemukakan saman (menuntut) gantirugi atas kerugian peneroka Felda,"
katanya dalam sidang media di ibupejabat PAS hari ini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS
pusat mendakwa, ketiga-tiga bekas menteri besar tersebut bersalah
kerana memberi kebenaran kepada kontraktor kerajaan negeri bagi
menjalankan projek di atas sebuah tanah GSA dan rizab Melayu itu.

Selain itu, Mazlan mendakwa, mereka
juga menaburkan janji kepada peneroka yang mereka akan mendapat
durian runtuh.

Bagaimanapun, setelah projek dibuat,
dakwa Mazlan, duit yang dijanjikan itu tidak diberi.

"Jadi apa yang kita nak persoalkan
ialah kenapa exco dan menteri besar meluluskan projek ini? Mereka
semua ini telah mungkir janji," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, ANAK
turut akan memfailkan injunksi terhadap Felda Plantation bagi
menghalang 360,000 hektar tanah milik peneroka diserahkan kepada
Felda Global Venture Holding (FGVH).

Menurut Mazlan, pemberian tanah kepada
FGVH merupakan satu kesalahan mengikut akta GSA 1960.

"Kami bersama peguam akan memohon
kepada mahkamah untuk membatalkan pemberian tanah itu dan memohon
agar tanah itu dapat diberi kembali kepada rakyat. Walau apa pun,
perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan injunksi juga akan
dilakukan dalam waktu terdekat," katanya.

Sementara itu, Mazlan turut
mempertikaikan projek 'Ceria ke sekolah'- satu projek yang memberi
barangan keperluan ke sekolah kepada seramai 15,000 murid tahun satu
anak peneroka Felda.

Mazlan berkata, keseluruhan projek itu
bernilai RM2.775 juta kerana setiap seorang murid akan diberi pakej
bernilai RM185, merangkumi baju sekolah, kasut dan beg sekolah.

Beliau bertanya kenapa projek tersebut
diberi secara rundingan terus dan bukan melalui tender terbuka.

"Saya juga ingin mempersoalkan,
bagaimana pemilihan 15,000 murid itu dibuat? Kerana hasil kajian
kami, banyak Felda yang masih tidak mengagihkan pakej keperluan ini.

"Jadi saya minta penjelasan
daripada Isa Samad selaku pengerusi Felda," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/191689 

Kirim email ke