Peneroka Felda Pasir Besar, Gemas mohon mesin ATM Oleh: Sapar Sutir 11 Mac 2012 , Gemas : Saya sudah berusia 70 tahun, sejak Felda Pasir Besar di buka sekitar tahun 1966 sehingga kini banyak kemajuan yang telah di perolehi oleh peneroka Felda Pasir Besar Gemas, dari generasi pertama sehingga kedua pembangunan di kawasan Felda ini tumbuh bak cendawan selepas hujan. Dari harga getah sekitar RM 1.50 hingga mencecah RM 5.00 sekilo peneroka telah merasainya, kata Ketua Kampong Pasir Besar.
Di Felda Pasir Besar ini terdapat Pusat Giat Mara bagi melatih tenaga mahir anak peneroka dalam bidang mekanik kenderaan bermotor, welding juga bidang kemahiran teknikal lain, di samping anak muda membantu ibu dan ayah di kebun juga ada yang menimba pengalaman di kilang getah milik Felda yang beropersi di kawasan Felda Pasir Besar sejak dahulu lagi. Generasi kedua Felda Pasir Besar mempunyai kepelbagian kemahiran malah terdapat seorang anak peneroka Felda Pasir Besar pernah menjadi Wakil rakyat Gemas iaitu Datuk Jamlus bin Abdul Aziz yang merupakan anak peneroka di sini. Peneroka Felda di sini juga adalah penyokong kuat kerajaan dan Barisan Nasional di mana telah di buktikan pada pilihanraya ke 12 yang lalu, di mana undi kepada Barisan Nasional dari Kawasan Felda Pasir Besar dan penduduk Pasir Besar amat tinggi sekali. Tambah katanya lagi Felda Pasir Besar dan Kampong Pasir Besar adalah berkedudukkan sebelah menyebelah cuma di bezakan dengan nama Felda dan kampong sahaja, segala aktiviti tetap di jalankan bersama-sama secara musawarah dan gotong royong. Terdapat 27 blok di Felda Pasir Besar yang di anggarkan sejumlah 4,000 peneroka mendiami tanah rancangan Felda Pasir Besar tidak termasuk yang tinggal di kawasan kampong tradisional bersebelahan tanah rancangan Felda ini. Terdapat juga Taman Pasir Besar yang merupakan taman perumahan yang di miliki oleh kakitangan kerajaan yang berkhidmat di kawasan Felda Pasir Besar juga yang berkerja di kawasan Gemas juga terdapat juga pasaraya besar D.MART di kawasan Felda untuk kemudahan masyarakat di sini. Tapi yang membuatkan kami penduduk kampong dan peneroka di sini kecewa adalah kerana kemudahan untuk mengeluarkan wang menggunakan mesin ATM tidak terdapat di sini, mesin ATM amat di perlukan di sini untuk penduduk dan peneroka mengeluarkan wang bila memerlukan wang tanpa perlu keluar ke pekan Gemas sejauh 15 kilometer atau ke Pekan Rompin sejauh 12 kilometer hanya untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk kegunaan harian penduduk di sini. katanya lagi. Kemudahan mesin ATM amat diperlukan bagi memudahkan warga Emas mengambil duit pencen dari kerajaan tanpa perlu bersusah payah ke Pekan Gemas juga Rompin, di tambah pula warga emas yang usur ianya amat baik kepada mereka. Kami berharap ada satu daya usaha yang bersepadu untuk pihak -pihak tertentu membantu kami agar di dirikan sebuah mesin ATM di kawasan Pekan Felda Pasir Besar akan tercapai. Tempat untuk mendirikan mesin ATM tiada masalah kerana terdapat sebuah stesen minyak yang besar di sini boleh di letakan di kawasan dalam premis mereka bagi menjamin keselamatan mesin ATM berkenaan. Kami penduduk mengharapkan keluhan kami di sini di ambil tindakan, bagi kami jika kami di bantu untuk mendapatkan kemudahan yang kami amat perlukan pasti kami akan tetap menhargainya malah akan membantu siapa yang sudi membantu kami di masa akan datang. Sumber : http://saparsutir66.blogspot.com/2012/03/peneroka-felda-pasir-besar-mohon-mesin_10.html

