PERARAKAN KEMUNCAK
Global March to Jerusalem
Tarikh : 30 Mac 2012, Jumaat 
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.
 
Maklumat lanjut di : 
[email protected]
www.mygmj.org
www.twitter.com/myGMJ
www.facebook.com/MalaysiaGMJ
017-9720700 Dr Mohd Tahir
018-5771542 Rose Jazimah 
 
Masyarakat dunia bakal berarak ke Al Qud, Palestin pada 30 Mac 2012 ini. 
 
Tanggal 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang 
bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu ‘Palestine Land 
Day’. 
 
Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin 
apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum daripada tanah swasta dan 
awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. 
 
Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama 
kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Israel sejak pendudukan Palestin pada 
tahun 1948 lalu mereka mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak 
perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam. 
 
Apakah kepentingan GMJ diadakan pada 30 Mac 2012? 
 
Sebagai acara antarabangsa yang melibatkan masyarakat diseluruh dunia untuk 
menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi 
Baitulmaqdis sebagai kota suci. 
 
Sehubungan dengan itu, GMJ bertujuan untuk menuntut kebebasan untuk 
Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar 
Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap 
rakyat, tanah jajahan dan kesucian Kota Baitulmaqdis yang mana merupakan satu 
jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat 
diseluruh dunia. 
 
GMJ akan menyatukan usaha-usaha masyarakat dunia secara umumnya dengan membawa 
amanah daripada dunia untuk menuntut Israel supaya mengakhiri kedegilan mereka 
dalam mematuhi Undang-undang Antarabangsa dan mengakhiri penaklukan mereka 
secara haram ke atas Baitulmaqdis dan Palestin secara menyeluruh. 
 
GMJ akan menjadi arus perdana dalam perjuangan Jerusalem, bandar yang merupakan 
kunci kepada keamanan di seluruh pelusuk benua dan dunia. Berbekalkan 
kesungguhan dan keazaman kami sebagai inspirasi, satu sejarah bakal tercipta 
dengan terkumpulnya kekuatan dan semangat hasil daripada pemuda dan pemudi yang 
telah mencetus gelombang revolusi Arab yang telah menumbangkan rejim-rejim yang 
autokratik. 
 
Satu perarakan keamanan akan dianjurkan secara besar-besaran di beberapa buah 
benua seperti benua Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia untuk 
bergerak menuju ke Palestin and beberapa negara jiran seperti Jordan, Mesir, 
Syria dan Lebanon.
 
Setelah tiba di Palestin, perarakan secara aman akan bergerak pula menuju ke 
Baitulmaqdis atau titik kawasan yang terdekat dengannya. 
 
Selain itu, demonstrasi secara aman akan diadakan di hadapan kedutaan Israel di 
pelbagai ibu negara yang terpilih dan seterusnya akan berlanjutan secara 
besar-besaran di dataran-dataran awam yang utama di bandar-bandar besar di 
dunia seperti Dataran Tahrir, Mesir. 

Kirim email ke