Pelatih PLKN Sungai Siput meninggal
dunia di hospital selepas demam
13 Mac 2012 

SUNGAI SIPUT: Seorang pelatih Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini meninggal dunia malam tadi
selepas dirawat selama tiga hari di Hospital Sungai Siput kerana
demam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt
Azman Salim berkata, R.Vinoth, 18, yang berasal dari Padang Jawa,
Klang, Selangor meninggal dunia pada 10 malam tadi.

Laporan kematian dibuat oleh bapanya
hari ini dan punca kematian belum diketahui.
"Kita sedang menunggu hasil bedah
siasat hospital berkenaan," kata Azman kepada pemberita hari
ini.

Vinoth dilaporkan demam di kem
berkenaan beberapa hari hari dan dihantar ke Hospital Sungai Siput
untuk mendapatkan rawatan.

Dia mengikuti program berkenaan awal
Januari lalu dan dijangka tamat latihan itu Jumaat ini. - BERNAMA

http://www.hmetro.com.my/articles/PelatihPLKNSungaiSiputmeninggalduniadihospitalselepasdemam/Article
 

Koleksi berita dan insiden berkaitan
PLKN di http://beritaplkn.blogspot.com 

Kirim email ke