Aduan Rakyat Online 15 Mac 2012 - Janji nak baiki/naik taraf jalan sudah menjadi rutin dalam kalangan pemimpin POLITIK. Hal inilah yang menjadi isu utama di beberapa buah kampung sekitar Jalan HACP SENG daerah Pitas, Sabah. Kalau dikatakan penduduk tidak menyuarakan masalah ni, bertimbun-timbun sudah surat permohonan yang diajukkan oleh pengerusi JKKK dan ketua kampung setiap tahun.
(Gambar keadaan jalan di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/penduduk-pedalaman-daerah-pitas.html ) Kalau dikatakan penduduk mengada-adakan masalah, tak masuk akal langsung sebab PEMIMPIN sendiri yang pernah masuk ke kampung berkenaan dengan menyatakan rasa simpati. Semasa beliau dalam perjalanan masuk kampung, beliau telah mengalirkan air mata berdasarkan ucapan beliau dalam Program Juara Rakyat hujung 2010. Janji menabur batu di lokasi tertentu sepanjang jalan akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat. Janji yang sama diumumkan semula sempena Lawatan kerja mereka pada tahun 2011. ~ Siapakan yang tidak terharu dengan JANJI MANIS MULUT ini? Apa yang dah jadi sehingga sekarangpun jalan raya masih tidak boleh dilalui. Implikasi daripada masalah ini, ~ Penduduk berjalan kaki sehingga ke Kg. Mampakad Laut Pitas (kira-kira 35 KM) ~ Penduduk sukar mendapatkan rawatan di hospital. Penduduk terpaksa menggunakan perahu (Kira-kira 20/40 KM) ~ Ramai pemilik kenderaan 4×4 menanggung kerugian akibat terpaksa melalui jalan ROSAK TERUK ~ Hasil pertanian sukar dikeluarkan ke pasaran ~ Urusan di pejabat terus tertangguh ~ Sekolah mengalami kerugian akibat pembinaan kemudahan dibatalkan ekoran ketidak sanggupan para kontraktor melalui jalan SANGAT TERUK. ~ Guru-guru berjalan kaki berserta barang keperluan mereka Kami sebagai penduduk dalam beberapa buah kampung berasa berSALAH sebab kalau diam ja, sampai bila kami memikul penderitaan ini. kalau nak kata sesuatu pula dikatakan tidak spoting, menentang/memburuk-burukkan pemimpin/pihak kerajaan, tidak bersyukur dan sebagainya………..Kami minta maaf, jauh sekali niat kami sedemikian tapi FAHAMILAH keperluan kami sebagai rakyat Malaysia. Kami BERHAK mendapatkan kemudahan ASAS seperti yang dikecapi oleh penduduk- penduduk PEKAN /BANDAR. Tentang ELEKTRIK dan bekalan AIR BERSIH jangan ceritalah………Sebab kami mahir membuat lampu pelita, Cuma kanak-kanak kampung ini sentiasa ada naluri melihat wajah PERDANA MENTERI MALAYSIA di kaca TV tapi hal ini hanyalah angan-angan. Kalau tak ada bekalan air bersihpun, kami masih boleh guna air sungai Bengkoka. Tiba musim banjir, kami makan, minum, membasuh dan mandi dengan ” Air Milo”. Nasib oh! nasib!…. Slogan PM “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” sekurang-kurangnya menjadi harapan dan sinar baru kami sebagai penduduk pedalaman agar PENDERITAAN TEGAR ini tidak lagi diwarisi oleh cucu-cicit kami. Bagi memastikan kesahihan FAKTA dalam aduan ini SILA TINJAU sepanjang Jalan Hacp Seng sekarang juga (15 MAC 2012) Sekian dan terima kasih By: Semua Penduduk Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/penduduk-pedalaman-daerah-pitas-terseksa-sejak-puluhan-tahun#more-11427 JALAN KE SOKID Beginilah keadaan jalan yang terpaksa dilalui oleh penduduk di kg. Mandurian, Kg. Sinanggip, Kg.Nibang, dan Kg. Lokos serta kampung-kampung yang berdekatan. Untuk makluman para pelawat blog ini, gambar ini saya diambil ketika dalam perjalanan balik ke kampung halaman (Kg.Mandurian Pitas) pada bulan FEB. Gambar ini hanya boleh menggambarkan sebahagian kecil sahaja jalan-jalan yang rosak. Keadaan jalan ini telah bertambah teruk pada ketika ini, sehingga memaksa para penduduk untuk berjalan kaki berbatu-batu jauhnya untuk mendapatkan barangan keperluan seharian mereka. Perkara ini bukanlah baru bagi penduduk yang tinggal dikawasan ini bahkan keperitan ini sudah dirasai sejak lebih 10 tahun yang lalu lagi. Bukan untuk menyakitkan hati mana-mana pihak(cuma untuk pengetahuan para pembaca), pihak yang berwajib langsung tidak mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya untuk membela nasib penduduk disini. Pada pandangan saya, pembangunan dikawasan ini boleh buat dengan adanya jalan raya yang baik. Dengan adanya jalan raya yang baik di kawasan ini, segala hasil pertanian orang kampung dapat dijual di pasar-pasar. Ini seterusnya akan meningkatkan hasil pendapatan penduduk. Tetapi disini lain pula jadinya…bukan sekadar penduduk sahaja yang dapat tempiasnya, guru-guru yang mengajar khususnya di SK Mandurian, SK Nibang, dan SK Pinapak terpaksa berjalan kaki berbatu-batu untuk mendapatkan kereta “pirates” dan yang lebih buruk lagi ada yang terpaksa menaiki perahu untuk ke Dandun. Pelajar-pelajar SMK Pinggan-Pinggan yang berasal dari sini terpaksa berjalan kaki untuk balik ke asrama SMK Pinggan-Pinggan. Saya bukanlah mahu “memperhebatkan” cerita, tetapi perkara ini juga saya pernah rasai ketika saya dan rakan sekampung yang sebaya masih menuntut di SMK Pinggan-Pinggan dan sekarang pun adik-adik kami masih mengalami perkara yang sama. Perubahan???langsung tak pernah nampak. Sekolah Mandurian yang semakin uzur?? bantuan peralatan komputer yang dibekalkan pun tak sampai ke sekolah Mandurian akibat kenderaan yang digunakan untuk mengangkut terkandas di Kg. Sinanggip. Kalau ada penduduk yang menyuarakan ketidakpuasan hati, ada pula orang “asing”yang marah dengan menyuruh kami supaya teruskan berdiam diri. Apa yang sangat menghairankan, mereka juga mempunyai ahli keluarga yang tinggal disini. Mereka ini hanya tahu bercakap ketika mendengar cerita dari mulut orang lain tanpa melihat dengan mata sendiri, yang memandu kereta di jalan berturap dan bukannya memandu disepanjang jalan Hap Seng, yang hanya basah kuyup kerana lupa membawa payung dan bukannya basah disebabkan menimbus jalan yang rosak dengan batu-batu hampir sepanjang perjalanan. Bagi mereka yang belum “bangun” daripada tidur dari lebih 10 tahun yang lalu, bangunlah, buka mata, cuci muka beruslah gigi, anak-anak anda juga pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Bukalah minda luas-luas.. http://tulunsokid.wordpress.com/2011/03/27/jalan-ke-sokid/

