Mac 15, 2012 - Surat pekeliling yang
didakwa dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan
politik guru-guru di Tawau dipercayai juga diedarkan kepada sekolah
di Kuala Lumpur.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa guru di
sebuah sekolah rendah diminta melabelkan diri mereka sebagai hitam,
kelabu atau putih mengikut kecenderungan politik mereka, sama seperti
yang dilakukan di Tawau.

Menurut seorang guru, yang enggan
mendedahkan identitinya, tinjauan berkenaan dijalankan bulan lalu.

"Ya, kajian itu sama dengan apa
yang dilakukan di Tawau. Borang itu mempunyai dua ruang, pertama
senarai nama guru dan kedua untuk ditandakan sama ada putih sebagai
menyokong  kerajaan, hitam bagi yang memihak kepada pembangkang dan
kelabu bagi mereka yang tidak pasti, "kata guru itu.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama
ada jika kajian itu diarahkan oleh kementerian atau pegawai
pendidikan, tetapi percaya tinjauan berkenaan dijalankan di
sekolahnya kerana ia terletak di kerusi yang dipegang oleh
pembangkang.

Namun tinjauan rambang di beberapa buah
sekolah lain di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang, mendapati
tidak ada guru lain yang diberi kertas kajian seumpama itu.

Ketika dihubungi, seorang pegawai
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan berkata bahawa beliau tahu
terdapat pekeliling atau arahan seumpama itu yang dihantar ke
sekolah-sekolah. Beliau menasihatkan Malaysiakini untuk menghubungi
semula minggu depan untuk jawapan  rasmi.

"Pengarah di luar kawasan,"
katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran Puad
Zarkashi, juga berkata bahawa tidak ada arahan seumpama itu
dikeluarkan oleh kementerian.

"Tidak ada arahan. Kementerian
tidak terlibat, saya sudah semak," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/192089 

Kirim email ke