Semasa kempen Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 , antara yang diwar-warkan ialah pembinaan Kampus UiTM di Rembau. Ada yang mengatakan ianya di Chengkau. Satu artikel bertajuk Proposal Guard House For UiTM Chengkau Rembau, N. Sembilan, Malaysia menguatkan lagi ura-ura pembinaan Kampus UiTM di Chengkau.
Artikel tersebut di http://mfyarchdesign.blogspot.com/2010/10/proposal-guard-house-for-uitm-chengkau.html Adakah cadangan pembinaan Kampus UiTM di Chengkau akan dibangkitkan semula dalam kempen Pilihanraya Umum ke 13 nanti? Kosmo 31 Jan 2008 SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal. Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI). Sumber : http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/06/siapa-yang-janji-nak-bina-uitm-di.html

