Jumaat 16 Mac 2012, saya solat Jumaat di Masjid at Taqwa di Batu Enam, Kuala 
Terengganu seperti kebiasaan bila saya ke Terengganu. Khatib naik mimbar, 
nampak gaya orang muda lagi. Tajuk khutbah ialah berkisar bulan Rabiul Awal, 
Maulid Nabi dan sayangi Rasulullah, tak ada pun sentuh isu politik kepartian. 
Khatib berkhutbah yang sebenarnya , bukannya membaca teks khutbah.

Dengan penuh semangat khatib menceritakan mengenai kisah sahabat Nabi saw, 
iaitu Abu Ubaidah Al Jarrah. Begitu menusuk kalbu khutbah yang dibaca oleh 
khatib, hingga sebak dada menahan air mata. Juga sebak dada menahan air mata 
merindukan bacaan khutbah yang sebegini.

Satu-satu masuk ke dalam telinga mengenai kisah Abu Ubaidah Al Jarrah ini, 
bagaimana beliau begitu kasihkan Nabi saw, kasihkan Allah, sehingga sanggup 
mematahkan kedua-dua gigi geraham kanan dan kiri kerana tidak mahu Abu Bakar 
as-Siddiq memotong rantai baju besi Nabi saw yang tersangkut pada pipi Nabi saw 
dengan menggunakan pedang.

Mula-mula sebak dada menahan sedih. Kemudian khatib membaca sebuah hadith dan 
mengulasnya dengan penuh semangat. Meremang bulu roma bila khatib membaca dan 
mengulas hadith tersebut, sampaikan rasa takut hendak menyimpan harta dan wang 
, jika tidak diinfakkan atau dibelanjakan di jalan Allah.

Iaitu hadith mengenai mereka yang menjadi hamba dirham, hamba dinar, hamba 
tempolok perut yang tak pernah cukup-cukup.

Allahhu Akbar. Bilalah masjid-masjid di seluruh Malaysia boleh melahirkan 
khatib-khatib yang boleh berkhutbah hingga menusuk kalbu seperti di Masjid At 
Taqwa Batu Enam ini?

Inilah antara khutbah Jumaat yang terbaik yang saya pernah dengar.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Utusan Malaysia 16 Feb 2011
Dilema Abu Ubaidah bunuh bapa sendiri
 
 
DALAM perang Badar banyak peristiwa yang menjadi iktibar dan pengajaran kepada 
semua. Antaranya ia menyaksikan majikan dibunuh oleh hambanya sendiri, seperti 
yang berlaku terhadap Bilal yang membunuh bekas majikannya, Umayyah bin Khalaf. 

Selain itu, terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan pembunuhan antara anak 
beranak (anak membunuh bapa), adik beradik dan saudara mara, 

Antara peristiwa yang membabitkan pembunuhan bapa sendiri ialah bagaimana 
seorang sahabat baginda, Abu Ubaidah Al Jarrah yang terpaksa membunuh bapanya 
sendiri, Abdullah Al Jarrah.
 
Tetapi, ia bukan sesuatu yang disengajakan. Si anak tidak mempunyai pilihan 
setelah bapanya tetap menolak Islam walaupun puas dipujuk.
 
Dalam kes Abu Ubaidah, bapanya sendiri yang mencarinya sewaktu perang tersebut 
kerana Abdullah mahu membunuh anaknya itu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
 


Pahlawan ISLAM Abu Ubaidah Al-Jarrah 

Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin Al Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. 
Terkenal dengan nama Abu Ubaidah Al Jarrah. Beliau lahir di Mekah dari sebuah 
keluarga Quraisy yang terhormat. Keluarganya dari kalangan pedangang Arab. 
Beliau termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.
 
Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga. Berperawakan tinggi, 
kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu. Kerana 
itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.
 
Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam. Kehebatannya dapat kita ketahui 
melalui sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang 
kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”

Ketika dalam peperangan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar kacir dan banyak 
yang lari meninggalkan medan pertempuran, Abu Ubaidah berlari untuk mendapatkan 
Nabinya tanpa takut sedikit pun terhadap pihak lawan dan rintangan. Apabila 
didapati pipi Nabi terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala 
beliau, segera ia berusaha untuk mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi S.A.W..
 
Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itu 
pun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah s.a.w.. Namun bersamaan dengan itu 
pula gigi seri Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak 
putus asa. Diulanginya sekali lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang 
masih menancap dipipi Rasulullah s.a.w. hingga terlepas. Dan kali ini pun harus 
juga diikuti dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi depan sahabat 
ini rongak kerananya. Sungguh, satu keberanian dan pengorbanan yang tak 
ternilai.

Sumber : Kitab Sirah Rasulullah, 75 gambaran kehidupan sahabat, 10 sahabat yang 
dijanjikan syurga.

http://education-af.blogspot.com/2010/04/pahlawan-islam-abu-ubaidah-al-jarrah.html
 

Dalam shoheh Bukhori dari Abu Hurairah, Rasulullah
Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
 
“Celaka hamba dinar, celaka hamba dirham, celaka hamba khomishoh, celaka hamba 
khomilah([1]), jika diberi ia senang, dan jika tidak diberi ia marah, celakalah 
ia dan tersungkurlah ia, apabila terkena duri semoga tidak bisa mencabutnya, 
berbahagialah seorang hamba yang memacu kudanya (berjihad dijalan Allah), 
dengan kusut rambutnya, dan berdebu kedua kakinya, bila ia ditugaskan sebagai 
penjaga, dia setia berada di pos penjagaan, dan bila ditugaskan digaris 
belakang, dia akan tetap setia digaris belakang, jika ia minta izin (untuk 
menemui raja atau penguasa) tidak diperkenankan([2]), dan jika bertindak 
sebagai pemberi syafa’at (sebagai perantara) maka tidak diterima syafaatnya 
(perantaraannya)”.

http://sabdaislam.wordpress.com/page/470/ 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke