Aduan Rakyat Online 16 Mac 2012 - Saya
terpanggil untuk membuat aduan tentan keselamatan Proton Exora kepada
pengguna selepas berlakunya kemalangan yang melibatkan kematian
terhadap Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kota Marudu, Hilde Primus Peki
@ Hilde Primus Kayau selepas Proton Exora miliknya terbakar di Jalan
Ulu Tandek pada 15 April 2012.

Ini disebabkan kerana pada 26 2011 saya
mungkin mendapat nasib yang serupa kerana Proton Exora yang saya beli
pada hari tersebut mengalami kerosakan pada wayar ‘injector’ yang
tidak dipasang dengan kemas. Ini menyebabkan minyak petrol keluar
dari wayar yang tercabut, mencurah-curah di dalam ruang enjin. Saya
terus mematikan enjin dan memasang semula wayar yang tercabut dan
menghantar kepada pusat servis proton pada keesokan harinya untuk
pemeriksaan semula semua pendawaian elektrik.

Bayangkan jika terdapat percikan api
yang boleh menyambar minyak petrol tersebut, pasti kereta yang baru
dibeli rentung dimamah api. Saya hairan bagaimana ini boleh berlaku.
Adakah tahap keselamatan kereta dari pengeluar kereta Malaysia yang
kita bangga-banggakan ini tidak lagi boleh dipercayai? Saya harap
pihak Proton memandang serius perkara ini, kerana berapa banyak
Proton Exora telah dikeluarkan pada masa ini dan juga pihak Proton
perlu memastikan keselamatan kepada semua jenis kereta keluaran
Proton akan datang terjamin.

By: Mohd Imran

http://www.aduanrakyat.com.my/nyaris-rentung-beli-proton-exora#more-11464 

Kirim email ke