Tiap-tiap hari sekarang ini kita dengar kes bunuh, jenayah yang semakin kejam. 
Pendekatan cegah jenayah harus diteruskan oleh semua pihak. Yang paling penting 
kita umat Islam ialah seiringkan dengan pendekatan spiritual. Pastikan surau 
dan masjid di kariah kita, kejiranan kita dipenuhi dengan solat jemaah 5 waktu 
setiap hari, terutamanya solat Subuh. InsyaAllah, masjid dan surau di kawasan 
yang dipenuhi solat jemaah 5 waktu kita akan didapati kurang kes jenayah dan 
gejala sosial di kawasan tersebut, Yakinlah.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 

Wanita hamil maut ditikam di rumah 
17/03/2012 
 
KUALA LUMPUR - Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di 
bahagian badan serta luka di tangan dipercayai dibunuh suaminya di ruang tamu 
rumah di Pangsapuri Permai, Sungai Besi di sini, semalam.
 
"Mangsa yang merupakan seorang pekerja swasta yang tinggal di pangsapuri 
berkenaan dalam tiga ke empat bulan lepas telah dibunuh di dalam rumah itu dan 
polis tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh suami mangsa.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm
 

Gadis parah terjun balkoni
17 Mac 2012  
 
AMPANG JAYA - Tiga beradik perempuan yang bimbang akan diapa-apakan penjenayah 
bertindak nekad terjun dari balkoni tingkat dua rumah yang mereka diami hingga 
mengakibatkan dua parah dalam kejadian di Taman Nirwana di sini semalam.
 
Kejadian pukul 5 pagi itu menyebabkan Nurul Aishah Nik Othman, 18, cedera parah 
di kepala; Nurul Athirah, 19, patah kaki dan Nurul Adawiyah, 21, cedera ringan 
selepas mereka bertindak terjun sebaik menyedari rumah dipecah masuk penjenayah.
 
Rumah tersebut merupakan milik bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Johar Che Din 
dan mangsa merupakan ahli keluarga menantu perempuan Johar. Johar tidak tinggal 
di situ dan sekarang menetap di Taman Tun Razak (TAR), di sini bersama 
isterinya, Datin Hapsah Mohd. Yunus, 60.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke