Mengapa JPA perlu letak orang tengah? -
15 Mac 2012 - KEMELUT Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan formula
gaji baru Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berat sebelah
telah dapat diredakan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini.
Namun bagi kami pembekal ubat dan
peralatan perubatan amat kesal dan sedih dengan JPA yang baru-baru
ini telah melantik satu syarikat baru untuk menjadi orang tengah
bekalan ubat dan peralatan perubatan. 

Sebelum ini kami hanya perlu mendaftar
dengan JPA untuk menyediakan ubat-ubat dan peralatan perubatan secara
terus kepada kakitangan bersara JPA setelah mendapat pengesahan
pegawai perubatan dari hospital kerajaan dan kami mendapat bayaran
terus dari JPA. 

Dengan peraturan baru ini, kami
diwajibkan mendaftar dahulu dengan syarikat itu sebelum dibenarkan
menyediakan ubatan dan peralatan perubatan kepada pesara kakitangan
JPA. 

Kami juga akan dikenakan caj yang
tinggi sebanyak 7 peratus di atas harga produk yang dibekalkan. 

Ini amat merugikan kami kerana untung
bersih kami adalah rendah dalam kadar 10 hingga 15 peratus. 

Saya tidak faham kenapa kerajaan masih
lagi membenarkan syarikat orang tengah untuk beroperasi bagi pihak
mereka yang hanya tahu mengaut untung di atas angin, padahal Perdana
Menteri kita telah menjelaskan bahawa beliau mahukan jentera operasi
kerajaan yang efisien dan bersih.

BUMIRUGI - KL

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0315&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
 

Kirim email ke