PAS DUN Kota dan PAS DUN Chembong
sekarang ini sedang mengumpulkan maklumat pampasan yang diperolehi
oleh penduduk yang terlibat dengan projek Naik Taraf Jalan Chengkau –
Astana Raja, Projek Bekalan Air dan Empangan di Titian Bintangor dan
Projek Landasan Keretapi Berkembar. Menurut laporan akhbar ada
diantara penduduk ini diberi pampasan cuma RM1.20 sekaki persegi atau
RM 52,272.00 seekar sedangkan PKNS menawarkan kepada Kementerian
Kesihatan untuk Projek Hospital Rembau pada harga RM 22.00 sekaki
persegi atau RM958,320.00 seekar sedangkan masih banyak lagi tanah
penduduk kampung di daerah Rembau ini. Isu Pampasan Tanah ini akan
menjadi isu utama semasa pilihanraya umum nanti.

Merujuk akhbar Berita Harian 15 Mac
2012 , Ruangan Nasional pada mukasurat 22 artikel bertajuk “Tender
bina Hospital Rembau dibuka bulan depan”. Apa yang menarik
perhatian ialah Hospital Rembau ini akan didirikan diatas tanah yang
Kementerian Kesihatan beli dari Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan
(PKNS) seluas 20 ekar. 

PKNS menawarkan harga RM 22.00 untuk
sekaki persegi. Ini bermakna sekitar RM19.2 juta untuk 20 ekar.

Akan tetapi kenapa tanah rakyat di
Rembau yang diambil untuk Projek Landasan Keretapi Berkembar dibayar
pampasan paling tinggi hanya RM 1.20 sekaki persegi? Ini bermakna
harga tanah adat atau tanah rakyat ialah RM 52,272.00 seekar,
sedangkan tanah PKNS ialah RM 958,320.00 seekar.

Kos 20 ekar untuk tanah Hospital Rembau
ialah sekitar RM 19.2 juta. Sedangkan jika Kementerian Kesihatan
ambil tanah rakyat atau tanah adat yang banyak di Rembau harganya
hanya sekitar RM 2.4 juta untuk 20 ekar, iaitu penjimatan sebanyak RM
16.8 juta. 

********* 

Pembinaan Hospital Rembau bermula April
ini – Menteri Besar

SENAWANG, 25 Jan 2012 – Selepas
persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi
hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di
tanah industri Chembong.

http://n9kini.com/pembinaan-hospital-rembau-bermula-april-ini-menteri-besar 

Sentral: 'Pampasan mesti setimpal 
23 January, 2008 - 06:12

REMBAU: Seramai 138 keluarga dari empat
kampung di Chengkau, dekat sini, berharap kerajaan negeri dapat
membuat taksiran pampasan yang setimpal terhadap pengambilan tanah
mereka untuk projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja.
http://panduan.org/node/61156 

October 21, 2009 10:55 AM
Projek Skim Bekalan Air Batu Hampar
Atasi Bekalan Air Di Rembau Dan Port Dickson
SEREMBAN, 21 Okt (Bernama) -- Masalah
kekurangan bekalan air yang dihadapi penduduk di daerah Rembau dan
Port Dickson akan dapat diatasi dengan terlaksananya Projek Skim
Bekalan Air Batu Hampar bernilai RM265.5 juta.
Pakej Kedua melibatkan pembinaan sebuah
sebuah loji rawatan air yang berupaya menghasilkan 100 juta liter air
sehari, sebuah muka sauk dan sebuah empangan redah di mukim Titian
Bintangor, Rembau. Kerja-kerja pembinaan yang bermula pada 28
November, 2007 itu akan mulai beroperasi pada awal tahun 2010.
Pakej Ketiga melibatkan pembinaan
sebuah kolam air berkapasiti 18 juta liter di Bukit Kunyit, Mukim
Titian Bintangor dan pemasangan jajaran paip sepanjang 10 km. Pakej
ini siap pada 27 Ogos lepas.
http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=448387&; 

Nilai pampasan tanah adat sikit

Berita Harian 18 Julai 2009

REMBAU: "Kami hanya mahu ganti
rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya
kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk
Amat.

Chik Tak mendakwa, bayaran pampasan
yang dinilai oleh jurunilai tanah pihak berkuasa tidak munasabah
kerana terlalu rendah sehingga 50 peratus di bawah penilaian yang
dibuat oleh jurunilai yang dilantik pemilik tanah.

"Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki
persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk
mendirikan rumah baru. Jadi, kami berharap penilaian semula tanah
dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung,"
dakwanya.

http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/07/nilai-pampasan-tanah-adat-sikit.html
 

Pampasan tanah tidak cukup

Sinar Harian 22 Mac 2011

REMBAU - Walaupun sudah menerima wang
pampasan RM120,000 berikutan rumah dan tanahnya di Kampung Chembong
Halt terbabit dalam projek landasan kereta api berkembar
Seremban-Gemas, namun jumlah itu didakwa masih tidak mencukupi.

Hasnah Latif, 76, mengakui tidak
berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diberikan.

“Disebabkan itu, makcik dan suami
terpaksa menyewa rumah di Taman Sri Rembau kerana impian kami untuk
memperoleh rumah dan tanah yang diduduki seperti sebelum ini tidak
kesampaian.

http://pasns.blogspot.com/2011/03/melayu-merempat-di-rembau-bila-kerajaan.html 

Kirim email ke