Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2011. Tahniah juga 
kepada mereka yang memperolehi keputusan cemerlang, khususnya para pelajar, 
guru, ibu bapa serta penjaga. Walaubagaimana pun usah dilupakan mereka yang 
tidak berjaya, khususnya mereka yang buta huruf. Semoga pengambilan pelatih 
PLKN selepas ini dilakukan tapisan yang rapi agar tidak menjejaskan modul 
latihan PLKN. Semoga pelajar yang gagal dan buta huruf ini dibimbing mengikut 
kemampuan mereka di institusi yang khusus. 
 
559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+ 
 
Mac 21, 2012 - PUTRAJAYA: Seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran 
Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua 
mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010. Ketua Pengarah 
Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruh pelajar 
dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu.
 
8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN Buta Huruf 
 
11 Jan 2012 - Jika 8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN terdiri dari mereka 
yang buta huruf, ini bermakna secara statistiknya 8 peratus calon SPM 2011 juga 
adalah mereka yang buta huruf. Jika ada 468,808 orang calon SPM pada tahun 
2011, ini bermakna secara puratanya 37,504 orang calon SPM 2011 adalah mereka 
yang buta huruf, iaitu tidak tahu membaca dan menulis.
 
Sumber : 
http://beritaplkn.blogspot.com/2012/01/8-peratus-dari-6667-orang-pelatih-plkn.html
 

Kirim email ke