Minggu lepas ketika saya sekeluarga dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Seremban saya menerima satu panggilan telefon yang mencemaskan dari seorang wanita. Beliau begitu terdesak untuk mendapatkan orang yang perlu dihubungi yang mengendalikan rumah perlindungan untuk remaja perempuan yang bermasalah di Seremban.
Disebabkan saya sedang memandu, perjalanan masih jauh, tiada akses internet, saya pun berilah nombor telefon sahabat saya yang lain dengan harapan sahabat saya tadi boleh membantu wanita tadi yang kedengaran begitu amat terdesak. Minggu ini saya menerima panggilan telefon lagi bertanyakan mengenai rumah perlindungan untuk remaja perempuan yang terlanjur. Jadi saya carikan maklumat mengenai rumah perlindungan tersebut. Di Negeri Sembilan dalam carian saya hanya ada satu sahaja rumah perlindungan yang khusus seperti ini yang diuruskan oleh satu badan sukarela. Kepada sahabat dan pembaca semua, bukan senang hendak menguruskan rumah perlindungan ini , lebih-lebih lagi dengan dana yang terhad. Sementara kita belum menjumpai jalan penyelesaian (pelaksanaan hukum hudud) masalah gejala sosial, anak luar nikah, zina di kalangan remaja kita, maka kita seharusnya menyokong sepenuhnya usaha murni seperti ini, apatah lagi ianya dijalankan secara sukarela. No akaun bank Rumah Lindungan Kasih Tampin ada di hujung artikel ini. Semoga Puan Rolaina serta petugas di Rumah Lindungan Kasih Tampin diberi kekuatan dan ganjaran pahala yang terbaik di akhirat nanti atas usaha murni ini. Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com Maklumat dari Laman web : http://yakinmalaysia.com Rumah Lindungan Kasih Tampin Negeri Sembilan merupakan satu pusat jagaan di bawah Badan Amal Kemajuan Insan Malaysia, YAKIN Malaysia. Rumah Lindungan ini mula beroperasi pada 1hb Januari 2008 yang menempatkan penghuni perempuan sahaja dan tiada sebarang pembayaran dikenakan. Rumah Lindungan Kasih ini memberikan perkhidmatan perlindungan, pendidikan, kemahiran dan bimbingan kepada 2 kategori penghuni iaitu : 1. Anak Anak Yatim Yatim Piatu Miskin Merangkumi anak anak yatim perempuan yang berumur dari 9 tahun hingga 15 tahun sahaja yang miskin dan terbiar dan amat memerlukan bantuan dari segi pemakanan, kediaman, pengurusan diri dan pendidikan yang lebih sempurna dan selesa. 2. Remaja teraniaya dan hilang arah tuju Merangkumi remaja perempuan berumur 15 tahun hingga 20 tahun yang menghadapi masalah akhlak seperti mengandung di luar nikah, liar, teraniaya dan tiada arah tuju. Kemahiran dan bimbingan agama turut disediakan sebagai bekalan apabila mereka keluar dari rumah ini kelak. Syarat Kemasukan 1. Anak Anak Yatim : Miskin , Warganegara Malaysia , Berumur 9 hinggga 15 tahun , Semua Bangsa , Perempuan , Miskin , Rela Hati 2. Remaja teraniaya / hilang arah tuju : Warganegara Malaysia , Berumur 10 hingga 23 tahun , Islam , Melayu , Perempuan , Tiada Kes Polis/juvana , Rela Hati Alamat : Rumah Lindungan Kasih No. PT 7138-PT 7146 Taman Suria, 73000 Tampin N. Sembilan Tel / Fax : 06-4415875 Laman web : http://yakinmalaysia.com E-mel : [email protected] Sumbangan kewangan ini boleh dibuat melalui cek/draf Bank/ kiriman wang pos/ atas nama: BADAN AMAL KEMAJUAN INSAN MALAYSIA ( INSAN PENYAYANG ) AKAUN NO : 14153 – 01 – 001902 -1 ( BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD ) Atau LINDUNGAN KASIH YAKIN MALAYSIA AKAUN NO : 0 502101 00 24678 (BANK ISLAM BERHAD) Setiap sumbangan yang disalurkan akan dikeluarkan resit rasmi, resit tersebut boleh digunakan untuk taksiran cukai pendapatan ( ruj no: LHDN 01/35/42/51/179-6.5841 ) ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

