Pada Sabtu 24 Mac 2012, Perdana Menteri telah melawat Negeri Sembilan. Akan tetapi kedua-dua tempat yang dilawatinya ADUN atau Wakil Rakyat serta Ahli Parlimen di kawasan tersebut ialah dari Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP. Di Port Dickson , ADUN Port Dickson ialah YB Ravy Munusamy dari PKR dan Ahli Parlimen Telok Kemang ialah Dato Kamarul Bahrin Abbas dari PKR. Kemudian di Seremban, ADUN Sikamat ialah YB Hj Aminuddin Harun dari PKR dan Ahli Parlimen Seremban ialah YB John Fernandez dari DAP.
Di Port Dickson , Perdana Menteri menyaksikan penyerahan Rumah Mampu Milik yang cuma berharga RM 42,000 kepada penduduk di Telok Kemang. Kenapa Perdana Menter tidak melawat rakyat yang rumah mereka terbengkalai sejak tahun 2005 di DUN Kota dalam Parlimen Rembau, sedangkan ADUN Kota ialah YB Dato Dr Awaludin Said dari BN dan Ahli Parlimen Rembau ialah YB Khairy Jamaluddin juga dari BN? Senarai ADUN Negeri Sembilan N13 Sikamat - Aminuddin Harun PKR N33 Port Dickson - Ravy Munusamy PKR N28 Kota - Awaludin Said BN http://aminuddinharun.blogspot.com/2008/04/senarai-adun-negeri-sembilan.html Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12 P128 Seremban, John Fernandez, DAP P132 Telok Kemang, Kamarul Bahrin Abbas, PKR P131 Rembau, Khairy Jamaluddin, BN http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahli_Dewan_Rakyat,_Parlimen_Malaysia_ke-12 Kerajaan Negeri menampung RM10,000 harga Rumah Mampu Milik Berkualiti – MB March 24, 2012 PORT DICKSON, 24 Mac – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan mengiringi Perdana Menteri Dato’ Seri Utama Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Taman Intan Duyung Port Dickson, lokasi pertama lawatan kerja Perdana Menteri hari ini. Pembinaan rumah sebanyak 70 unit ini sangat penting bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai tanah serta memerlukan rumah sendiri bagi kediaman keluarga mereka. Menurutnya lagi, kelebihan Rumah Mampu Milik Berkualiti Taman Intan Duyung, Port Dickson ini ialah keluasannya bersaiz lebih besar dari rumah mampu milik terdahulu iaitu berkeluasan 1100 kaki persegi atau bukaan 20’ x 55’ dengan mempunyai 3 buah bilik tidur dan dua bilik mandi. Malah, kerajaan negeri turut menampung sebanyak RM10,000 dari harga sebenar iaitu RM52,000 satu unit rumah mampu milik di sini. Ini bermakna, bakal pemilik yang bertuah dari cabutan itu kelak hanya membeli rumah ini dengan harga RM42,000 sahaja. http://n9kini.com/kerajaan-negeri-menampung-rm10000-harga-rumah-mampu-milik-berkualiti-mb/ Perumahan terbengkalai di Lubuk Cina, Rembau sejak tahun 2005 Projek perumahan Desa Indah, Lubuk Cina ini terletak di DUN Kota, dalam Parlimen Rembau. Utusan Malaysia - Pembeli 95 unit rumah teres kos sederhana rendah dan 60 unit rumah teres kos rendah di Desa Indah, Lubuk Cina dekat sini, kesal dengan kegagalan pemaju menyiapkan projek itu yang telah beberapa tahun terbengkalai. Menurutnya, sebahagian besar pembeli merupakan golongan berpendapatan rendah dan mereka terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan antara RM200 hingga RM400 sebulan kepada pihak bank walaupun rumah tidak disiapkan. ''Namun lain pula halnya di sini. Nasib kami seolah-olah tidak dipedulikan dan lebih malang lagi, sejak tahun 2006 saya dikehendaki membayar cukai tanah untuk rumah yang tidak siap," jelasnya. http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/01/perumahan-terbengkalai-di-lubuk-cina.html Penduduk teruja terima rumah mampu milik daripada Najib 24 Mac 2012 TELOK KEMANG 23 Mac - Penduduk Taman Intan Duyung, Port Dickson di sini teruja apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudi menyaksikan penyerahan rumah mampu milik berkualiti daripada pemaju kepada kerajaan negeri untuk diserahkan kepada penduduk yang layak. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm PM temui penduduk N. Sembilan 24/03/2012 SEREMBAN 23 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan janjinya untuk menemui penduduk di Taman Desa Rhu, Sikamat, dekat sini sempena lawatan kerja sehari pemimpin negara itu ke negeri ini, esok. Sebelum ini, Najib yang dijadualkan menghadiri program bersama penduduk di lokasi sama pada 10 Februari lalu dalam lawatan kerja beliau ke negeri ini hanya dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sikamat di situ berikutan jadual yang ketat. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

